• 20190118_100259.jpg
  • 20190118_100310-New.jpg
  • 20190118_100432-Sign-board-madrasah.jpg
  • 20190118_100455-Icarus.jpg
  • 20190118_100509.jpg
  • Classes.jpg
  • Library.jpg
  • New-Surau.jpg
  • Path-to-dorm.jpg
  • Surau.jpg

Madrasah Al Hikmah

Dari Chisht ke Deoband

on: 13/03/2019

Mengimbas silsilah Cishti dan tiga silsilah yang berkaitan; Suhrawardi, Naqshbandi dan Qadiri

 

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillahi wassolatu wassalamu 'ala rasulillah

 

Mukaddimah

Berikut adalah pengenalan ringkas mengenai pembawa-pembawa tarikat Cishti berdasarkan susur galur yang masyhur di benua kecil India. Pada umumnya biografi-biografi ini diambil daripada dua sumber utama; Mashaikh-e-Cisht susunan Maulana Zakariyya rahmatullah alaih dan Nuzhatul Khawatir himpunan Sheikh Abdul Hayy al Lakhnawi.

 

Buku ini terbahagi kepada lima bab.

 

1. Sebelum sampai ke Cisht

2. Silsilah Cishtiyyah di Cisht

3. Permulaan Cishtiyyah di India

4. Bertemu Silsilah Suhrawardiyyah

5. Bertapak di Deoband

 

Nama tokoh-tokoh dari tiga silsilah-silsilah yang berkaitan disebutkan juga bagi mendapat bayangan hubungannya dengan silsilah Cishtiyyah.

 

Imam Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan daripada Sufyan bin ‘Uyainah bahawa “Rahmat turun ketika para solehin disebut.” Didoakan dengan keberkatan amalan dan kedudukan mereka kita juga dikurniakan kesolehan, kerahmatan dan keampunan Allah ta’ala, Amin.

 

Umair bin Abdul Ghaffar,

7 Syawal 1438, Jelebu, Negeri Sembilan

 

 

Bab 1: Sebelum sampai ke Cisht

Bab 2: Silsilah Cishtiyyah di Cisht

Bab 3: Permulaan Cishtiyyah di India

Bab 4: Bertemu Silsilah Suhrawardiyyah

Bab 5: Bertapak di Deoband

Rujukan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 1: Sebelum sampai ke Cisht

  

  1. Muhammad sallallahu alaihi wasallam
  2. Khulafa’ Rasyidun
  1. Hasan Basri rah.a. 
  2. Abdul Wahid bin Zaid, Abu Ubaidah Al Basri rah.a. 
  3. Fudhail bin ‘Iyad rah.a. 
  4. Ibrahim bin Adham, Abu Ishaq al Balkhi rah.a. 
  5. Hudzaifah bin Qatadah al Mar’ashi rah.a. 
  6. (Abu) Hubairah Basri rah.a.
  1. Mimshadz ad Dinawari rah.a. 

 

 

 

 

 

 

 

1.            Muhammad sallallahu alaihi wasallam

Segala di langit dan di bumi membuktikan kesucian Allah ta’ala; Raja yang Maha Suci, Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Dia yang mengutus kepada kaum yang ummi seorang utusan dikalangan mereka sendiri.  Utusan ini mentilawahkan ayat-ayatNya kepada mereka, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah kebijaksanaan. Sesungguhnya mereka sebelum ini didalam kesesatan yang nyata. (Surah al Jumaah – ayat 1)

Dengan wahyu yang diturunkan, mukjizat yang menakjubkan, akhlaq dan pengorbanan, darah dan tangisan, Baginda telah memperkenalkan kita kepada Ar Rahman, Tuhan yang Maha Agung tanpa tandingan, Maha Esa tanpa sekutu, kekasih haqiqi yang Satu. Maka Baginda telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah dan berlaku baik terhadap ummah sehingga bertemu Kekasihnya pada tahun 11 hijrah. Baginda telah meninggalkan umatnya diatas landasan yang jelas dan terang, malamnya laksana siang. Semoga Baginda dikurniakan wasilah, kelebihan dan tempat terpuji yang dijanjikan. Didalam tempoh 23 tahun bersama ummatnya, Baginda telah menyediakan sekelompok manusia yang sangat diredhai Allah ta’ala. Mereka tanpa penat lelah terus menyambung misi yang mulia ini; mentablighkan risalah, membimbing tilawah, melakukan tazkiah dan mengajarkan isi kandungan Kitab dan Sunnah.

 

 

2.     Khulafa’ Rasyidun

 

Sayyidina Abu Bakar as Siddiq radiyallahu ‘anhu

Dengan ijmak yang kukuh pada kurun yang terbaik, para sahabat yang mulia telah sepakat berbai’ah taat setia kepada Sayyidina Abu Bakar radiyallahu ‘anhu selaku khalifah menggantikan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam membimbing ummat meneruskan agenda Baginda. Manakan tidak, selayaknya beliaulah yang mengetuai mereka didalam urusan dunia mereka setelah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri melantik beliau untuk mengimami mereka didalam urusan akhirat.

Beliau tidak biarkan agama kurang walaupun sedikit selagi hidup dikandung badan. Walaupun ketika majoriti para sahabat tidak memihak kepadanya, beliau sedikitpun tidak berganjak daripada perintah Baginda. Para sahabat yang ditarbiah oleh Baginda dengan ajaran Islam, akur dan ta’at kepada keputusan amir untuk menghadapi tentera Rom dan mereka yang murtad. Keimanan beliau yang teguh digabung dengan ketaatan para sahabat ternyata mengundang keredhaan dan pertolongan Allah ta’ala.

Sifat zuhud dan ketakutan beliau kepada Allah ta’ala tiada tolok bandingnya. Kecintaan dan pengorbanan beliau demi Allah dan Rasul tidak dapat ditandingi oleh mana-mana sahabat yang lain.

Selepas 2 tahun lebih memerintah yang makruf dan melarang yang mungkar dengan keimanan yang benar, beliau telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini ketika berumur 63 tahun dan dikebumikan bersebelahan Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Sayyidina Umar al Faruk radiyallahu ‘anhu

Sayyidina Umar bin al Khattab radiyallahu ‘anhu telah menjadi khalifah melalui proses perlantikan terus oleh Sayyidina Abu Bakar as Siddiq radiyallahu ‘anhu dan selayaknya beliaulah yang dilantik meneraju kepimpinan urusan dunia dan akhirat selepas Abu Bakar radiyallahu ‘anhu. Mafhum sabdaan Baginda sallallahu alaihi wasallam “Jika diandaikan ada nabi selepas aku nescaya Umar lah orangnya.”

Pada mulanya beliau amat memusuhi Islam. Tetapi dengan keberkatan doa Baginda sallallahu alaihi wasallam, Allah ta’ala telah menghidupkan hatinya yang sebelum ini mati. Kata Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anhu “Keislaman Umar adalah satu kemenangan, hijrah beliau satu pertolongan dan pemerintahan beliau satu rahmat.” Kata Ali radiyallahu ‘anhu “Pada mulanya hijrah berlangsung secara sembunyi. Apabila Umar ingin berhijrah, beliau gantung pedang dilehernya dan genggam panah ditangannya sambil membawa anak-anak panah yang secukupnya. Kemudian beliau melakukan tawaf dan solat dengan tenang. Selepas itu beliau melangkah ke arah kaum Quraish yang sedang berkumpul lalu berkata “Sesiapa yang suka diratapi ibunya dan anaknya menjadi yatim dan isterinya janda maka dia boleh menghadap Umar diluar tanah suci Mekah.” Kemudian beliau pergi dan tiada yang berani menentangnya.

Setelah 10 tahun 6 bulan memimpin umat dengan contoh teladan yang baik dan kezuhudan yang tinggi, beliau akhirnya syahid lantaran dibunuh oleh seorang Majusi pada tahun 24 hijrah dan dikebumikan bersebelahan Baginda sallallahu alaihi wasallam dan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu.

Sayyidina Uthman al Ghani radiyallahu ‘anhu

Untuk menentukan khalifah selepasnya, Sayyidina Umar radiyallahu ‘anhu telah melantik enam orang syura yang layak melantik dan dilantik. Lima puluh orang Ansar diperintahkan untuk memancung kepala ahli syura jika keputusan tidak dibuat di dalam tempoh tiga hari. Ini adalah supaya mengelakkan umat ditinggalkan tanpa amir. Kesemua ahli syura melepaskan hak mereka untuk dilantik kecuali Uthman dan Ali radiyallahu ‘anhuma. Oleh kerana para Muhajirin dan Ansar berpendapat bahawa pada ketika itu tiada yang setara dengan Sayyidina Uthman bin Affan radiyallahu ‘anhu, maka beliaupun dilantik. Mereka yang merasakan bahawa Ali radiyallahu ‘anhu lebih layak telah memandang rendah kepada pendapat Muhajirin dan Ansar yang telah berkorban jiwa dan raga bersama Baginda sallallahu alaihi wasallam di Badar, Uhud dan Hudaibiyah.

Uthman bin Affan radiyallahu ‘anhu digelar Dzun Nurain kerana berkahwin dengan dua puteri Baginda sallallahu alaihi wasallam, Ruqaiyah dan kemudiannya Ummu Kalthum. Baginda sallallahu alaihi wasallam sangat menghormati Uthman; Baginda akan membetulkan pakaiannya apabila Uthman tiba. Sebelum perperangan Tabuk, Baginda telah mengumumkan “Barangsiapa berinfak untuk tentera ini akan memasuki syurga.” Maka Sayyidina Uthman terus menginfakkan 10,000 dinar. Sambil membalik-balikkan dinar-dinar itu Baginda bersabda “Selepas hari ini tidak mengapa jika Uthman tidak mempunyai amalan lain.” Sayyidina Uthman meninggal dunia pada tahun 35 hijrah setelah memimpin ummat berlandaskan sunnah selama lebih kurang 12 tahun dengan penuh kesabaran sehingga beliau akhirnya disyahidkan dirumahnya sendiri.

Sayyidina Ali al Murtadha radiyallahu ‘anhu

Setelah kesyahidan Sayyidina Uthman radiyallahu ‘anhu, tinggallah Sayyidina Ali radhiyallah ‘anhu selaku insan terbaik diatas muka bumi dan layak dilantik menjadi khalifah. Oleh itu, para Muhajirin dan Ansar di Madinah tidak teragak-agak untuk berbai’ah kepada beliau pada tahun 35 hijrah.

Imam Ahmad berkata “Tiada seorang sahabat pun yang diriwayatkan kelebihan-kelebihannya sepertimana Sayyidina Ali radiyallahu ‘anhu.” Beliau ialah sepupu dan menantu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Keberanian beliau di medan jihad tidak dapat dinafikan. Cinta beliau kepada Allah dan Rasul dan juga cinta Allah dan Rasul kepada beliau dibuktikan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di perperangan Khaibar. Baginda sendiri telah mentarbiah beliau sejak kecil lagi. Penat lelah dan suka duka, pengorbanan dan mujahadah, semuanya dilalui bersama Baginda dari permulaan Islam.

Beliau telah meneruskan misi dakwah, taklim dan tazkiah tanpa menghiraukan kekangan-kekangan keduniaan dan kesibukan pentadbiran negara yang merintang. Melalui perantaran beliau juga, misi yang diperjuangkan Baginda telah diteruskan oleh para ulamak rabbani sehingga ke hari ini. Walaupun Sayyidina Ali lah satu-satunya yang layak untuk menerajui kepimpinan umat didalam urusan agama dan dunia, namun keadaan semasa dan kesediaan ummat tidak mengizinkan beliau menjalankan tugas pentadbiran dunia dengan sempurna. Perpecahan, perbalahan dan silap faham telah memburukkan keadan sehingga beliau disyahidkan pada tahun 40 hijrah setelah lebih kurang 5 tahun memerintah.

 

Riyawat Hadith daripada Sayyidina Ali radiyallahu ‘anhu

Dengan ijazah sanad yang sahih, masyhur dan tidak terputus-terputus kepada Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu, saya meriyawatkan melalui susur galur ilmiah dan kerohanian dari Maulana Hakim Muhammad Mazhar, dari bapanya Maulana Hakim Muhammad Akhtar, dari Shah Abdul Ghani Phulpuri, dari Majid Ali Jonpuri, dari Maulana Rashid Ahmad Gangohi, dari Shah Abdul Ghani ad Dehlawi, dari Shah Ishaq ad Dehlawi, dari Shah Abdul Aziz ad Dehlawi, dari Shah Waliullah ad Dehlawi, dari Abu Tahir al Kurdi, dari bapanya Ibrahim al Kurdi, dari Ahmad al Qushashi, dari Ahmad ash Shinnawi, dari Shamsuddin ar Romli, dari Zakariyya al Ansori, dari al Hafiz ibn Hajar al Asqolani, dari Ibrahim at Tanukhi, dari Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar, dari Husain bin Mubarak az Zabidi, dari Abdul Awwal bin Isa al Harawi, dari Abdul Rahman bin Mudhoffar ad Dawudi, dari Abdullah bin Ahmad as Sarakhsi, dari Muhammad bin Yusuf al Firabri, dari Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al Bukhari, dari Sadaqah bin al Fadhl, dari ibn Uyainah dari Mutorrif, dari as Sha’bi, dari Abu Juhaifah, beliau berkata;

Aku telah bertanya Sayyidina Ali “Adakah kalian mempunyai apa-apa berkenaan Al Quran yang tidak diketahui umum?” Jawab beliau “Demi Zat yang membelah benih dan menciptakan manusia, kami tidak mempunyai apa-apa melainkan apa yang terkandung didalam Al Quran kecuali kefahaman yang didapati oleh seseorang berkenaan kitabnya dan apa yang terkandung didalam sahifah ini.” Aku bertanya “Apakah isi kandungan sahifah itu?” Kata beliau “Wang tebusan, pembebasan tawanan dan seseorang Islam tidak boleh dibunuh disebabkan seorang kafir.” (Sahih al Bukhari 6903)

 

3.     Hasan Basri rah.a

(… – 110 hijrah)

Terdapat perselisihan tentang periwayatan Hasan Al Basri rahmatullah ‘alaih daripada Ali radhiyallahu ‘anhu. Namun, apa yang nyata ialah beliau telah meraih keberkatan berdamping dengan para sahabat radhiyallahu ‘anhum. Perdampingan inilah sebenarnya yang diambil kira oleh masyaikh tasawwuf. Beliau ditahnik oleh Sayyidina Umar radhiyallahu ‘anhu dan dibesarkan didalam suasana tarbiah para sahabat. Ibunya, Khairah, ialah seorang hamba yang dibebaskan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha. Beliau dilahirkan dua tahun sebelum kesyahidan Umar radhiyallahu ‘anhu. Beliau mula solat berjemaah di belakang Uthman radhiyallahu ‘anhu ketika berumur tujuh tahun dan menghafal Al Quran ketika berumur sepuluh tahun. Peristiwa pahit kesyahidan Uthman radhiyallahu ‘anhu disaksikan oleh beliau ketika berumur empat belas tahun. Beliau sempat melihat Zubair radhiyallahu ‘anhu berbai’ah kepada  Sayyidina Ali. Melihat (rukyah) sudah memadai bagi manyabitkan perdampingan (suhbah) sepertimana ijazah memadai bagi periwayatan hadith.

Selepas khulafa’ rasyidun dan para sahabat yang unggul, beliau ialah antara tokoh tabi’in yang telah menyambung misi tarbiah dan terus mengenalkan manusia kepada Allah ta’ala dan mengajarkan sunnah Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam seperti yang dilaksanakan oleh khulafa’ rasyidun sebelumnya. Beliau kemudian berpindah ke Basrah dan terus mengajar dengan tutur kata yang fasih serta dibuktikan dengan contoh teladan yang mulia. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 110 hijrah ketika berumur lebih kurang 90 tahun.[1]

 

4.     Abdul Wahid bin Zaid, Abu Ubaidah Al Basri rah.a

(… – 150 hijrah)

Abdul Wahid bin Zaid rahmatullah ‘alaih disebut oleh Imam az Zahabi sebagai syeikh Basrah yang zuhud dan boleh dijadikan ikutan. Beliau biasa berkata “Aku tak inginkan Basrah dan apa yang ada didalamnya walaupun dengan harga dua sen”. Beliau meriwayatkan hadith daripada Hasan Basri, Ato’ bin Abi Rabah dan ramai lagi. Antara yang meriwayatkan daripada beliau termasuklah Waki’ bin Jarrah, Zaid bin Hubab, Abu Daud At Tayalisi, Abdul Samad bin Abdul Waris dan Abu Sulaiman ad Darani. Walaubagaimanapun, didalam bidang hadith beliau dianggap sebagai perawi lemah. Kata Ibnu Hibban “Beliau ialah antara mereka yang dikuasai ibadah sehingga mengabaikan kesempurnaan (dibidang hadith). Oleh itu banyak berlaku percanggahan didalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau.”[2]

Beliau menekankan kepentingan beramal soleh bagi mencapai kebahagian akhirat. Penekanan beliau terhadap amalan soleh telah menyebabkan sesetengah pihak mengaitkan beliau dengan pendapat qadariyyah; golongan yang tidak mempercayai taqdir. Selama 40 tahun beliau bersolat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Kata Abu Sulaiman “Abdul Wahid telah menghidap lumpuh badan. Beliau berdoa kepada Allah supaya dibebaskan daripada penyakit itu ketika berwuduk. Maka apabila ingin berwuduk beliau akan berjalan dan setelah kembali ke katilnya beliau akan lumpuh semula.” [3] Beliau meninggal dunia selepas tahun 150 hijrah. [4]

 

5.     Fudhail bin ‘Iyad rah.a

(… – 187 hijrah)

Beliau dilahirkan di Samarqand, menuntut ilmu di Kufah ketika telah dewasa dan kemudiannya menetap di Mekah. Pada mulanya beliau adalah seorang perompak. Lantaran cinta kepada seorang wanita, beliau telah memanjat sebuah dinding untuk bertemu dengannya. Tatkala itu beliau terdengar bacaan ayat al Quran “Belum tiba lagi kah masa bagi mereka yang beriman untuk tunduk hati mereka meningati Allah?” Lantas beliau berkata “Ya, Tuhanku, telah tiba masanya.” Beliau terus kembali dan pada malam itu juga tersempak dengan sekumpulan musafir. Antara mereka ada yang berkata “Ayuh kita bergerak.” Yang lain pula berkata “Tunggu dahulu sehingga pagi. Fudhail ada di jalanan. Dia akan rompak kita.” Beliau terus terfikir “Aku berbuat dosa pada waktu malam sedangkan kaum Muslimin takutkan aku. Aku rasa Allah ta’ala telah temukan aku dengan mereka supaya aku berhenti. Ya Allah, aku bertaubat kepada Mu dan taubatku ialah dengan mendampingi Masjidil Haram.” [5]

Kemudian beliau telah berubah menjadi seorang alim yang soleh sehinggakan namanya termaktub didalam kitab-kitab hadith Bukhari dan Muslim. Khalifah Harun al Rashid berkata “Tidak pernah ku lihat seorang alim yang lebih digeruni daripada Imam Malik dan lebih warak daripada Fudhail.” Apabila mengingati Allah atau disebut nama Allah disisinya atau terdengar bacaan Quran akan tampak di wajahnya sifat takut dan sedih. Air mata akan berlinangan dan beliau akan menangis sehingga mereka yang berada disisinya akan kasihan terhadap beliau. [6] Beliau telah meninggal dunia pada tahun 187 hijrah.

 

6.     Ibrahim bin Adham, Abu Ishaq al Balkhi rah.a

(… – 162 hijrah)

Ibrahim bin Adham berasal daripada keturunan yang berada. Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau berketurunan raja di Balkh, Khurasan. Ayahnya mempunyai harta, khadam dan kenderaan yang banyak. Sedang Ibrahim rahmatullah ‘alaih memecut kudanya ketika memburu, terdengar olehnya satu suara “Wahai Ibrahim! Mainan apakah ni? Adakah engkau mengangka engkau diciptakan sia-sia? Takutkan Allah dan sediakan bekalan untuk hari kefakiran.” Beliau terus turun dari kudanya lantas memberikan kuda itu dan segala yang ada pada beliau kepada seorang pengembala.[7] Kemudian beliau memencilkan diri dan mendampingi Sufyan Thauri dan Fudhail bin ‘Iyadh di Mekah. Selepas itu beliau menetap di Syam dan hidup dengan hasil tangannya.

Satu lagi riwayat menyatakan bahawa tatkala tidur di istana, dari kamarnya Ibrahim bin Adham terdengar bunyi orang memanjat bumbung istana. Beliau bertanya “Apa yang kamu buat di atas bumbung?” Suara itu menjawab “Unta ku telah hilang dan aku sedang mencarinya.” Lantas beliau berkata “Jahil sungguh orang yang mencari unta di atas bumbung istana?” Suara itu membalas “Lebih jahil ialah orang yang mencari Allah di dalam istana beserta kemewahannya.” Peristiwa ini menyebabkan beliau meniggalkan kemewahan hidup dan menghabiskan saki baki kehidupan beliau dengan beribadah.[8]

Beliau meninggal dunia pada tahun 162 hijrah di Jableh, Syam dan kuburnya masih kekal dan diziarahi sehingga kini.

 

7.     Hudzaifah bin Qatadah al Mar’ashi rah.a

(… – 207 hijrah)

Sheikh Huzaifah bin Qatadah al Mar’ashi merupakan seorang wali Allah yang masyhur. Didalam Tarikh Madinah Dimashq telah diriwayatkan bahawa Junaid Baghdadi telah mendengar Sariy as Saqati berkata “Terdapat satu masa yang mana ahli warak pada waktu itu adalah empat orang; Huzaifah al Mar’ashi, Ibrahim bin Adham, Yusuf bin Asbat dan Sulaiman al Khawwas. Mereka merenung tentang sifat warak dan apabila urusan menjadi sempit maka mereka memadai dengan bersedikit.” Didalam Hilyatul Auliya’, Abu Nu’aim telah menukilkan beberapa kata-kata mutiara beliau. Antaranya “Jika engkau tidak takut diazab oleh Allah ta’ala disebabkan amalanmu yang terbaik maka engkau telah hancur.” Beliau juga berkata “Kalaulah seorang malaikat turun dari langit memberitahuku bahawa aku tidak akan lihat neraka dengan mataku dan aku akan ke syurga. Namun aku perlu berdiri didepan Allah ta’ala untuk disoal dahulu sebelum ke syurga, maka aku akan ku katakan bahawa aku tak mahu syurga dan aku tidak mahu berdiri di tempat itu.” Antara kata-kata beliau “Aku lebih suka meninggalkan satu penipuan kerana Allah ta’ala daripada menunaikan satu haji.” [9]

Ash Sha’rani telah menukilkan kata-kata beliau “Aku tidak tahu amalan yang lebih baik daripada menetap dirumah. Kalaulah ada helah yang boleh membebaskan aku daripada keluar untuk menunaikan amalan-amalan fardhu ini sudah tentu aku lakukan.” Didalam al Tabaqat al Kubra, Ash Sha’rani menyatakan bahawa Huzaifa al Mar’ashi meninggal dunia pada tahun 207 hijrah.[10]  

 

8.     (Abu) Hubairah Basri rah.a

(167 – 287 hijrah)

Kebanyakan masyaikh telah merakamkan nama beliau sebagai Hubairah sahaja manakala ada yang memanggilnya Abu Hubairah. Nama panggilan beliau ialah Aminuddin. Beliau lahir di Basrah dan ketika berumur 17 tahun, beliau telah menyempurnakan ilmu zahir dan menjadi seorang alim dan hafiz Al-Quran.

Sejak muda lagi beliau telah mula bermujahadah. Setiap hari beliau mengkhatamkan pembacaan al Quran sebanyak dua kali. Setelah bermujahadah selama 30 tahun, beliau menangis teresak-esak kerana menganggap beliau masih belum berjaya didalam bidang suluk. Kemudian beliau terdengar satu suara bahawa jika ingin belajar bersuluk pergilah berdamping dengan Huzaifah al Mar’ashi. Setelah hanya seminggu berdamping, beliau mencapai kesempurnaan bersuluk kerana telah mempunyai 30 tahun pengalaman bermujahadah. Setahun kemudian beliau diijazahkan dan dilantik menjadi khalifah. Beliau menceritakan, setelah dilantik menjadi khalifah oleh gurunya, beliau bermimpi bertemu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan arwah para wali dan mereka semua mendoakan untuk beliau. Beliau sangat suka menyendiri. Hampir keseluruhan hidup beliau dihabiskan di dalam biliknya.

Hubairah rahmatullah ‘alaih telah meninggal dunia ketika berumur 120 tahun dan dikebumikan di Basrah. Kata Maulana Zakariyya “Mungkin beliau mempunyai khalifah yang lain lagi tetapi didalam pengetahuanku hanyalah Mimshadz dan beliaulah yang ada didalam silsilah kami.” [11]

 

 

Mimshadz ad Dinawari rah.a melalui Junaid rah.a

 

1.    Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam

2.    Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu

3.    Hasan al Basri rahmatullah ‘alaih

 

4.    Abdul Wahid bin Zaid

5.    Fudhail bin ‘Iyadh

6.    Ibrahim bin Adham

7.    Huzaifah al Mar’ashi

8.    Hubairah

 

4.     Habib al ‘Ajami

5.     Daud at To’i

6.     Ma’ruf al Karkhi[12]

7.     As Sariy as Saqoti

8.     Junaid al Baghdadi

 

9.    Mimshadz ad Dinawari rahmatullah ‘alaih

 

Salasilah daripada tarikat Suhrawardiyyah telah menamakan Junaid al Baghdadi sebagai guru Mimshadz seperti dikemukakan diatas. Mengikut rekod salasilah Cishtiyyah pula, Mimshadz ad Dinawari rahmatullah ‘alaih telah berdamping dengan Hubairah. Ada kemumungkinan Mimshadz telah mengambil faedah kerohanian daripada kedua-duanya sekali. Selain Mimshadz, seorang lagi murid Junaid yang masyhur ialah Abu Bakar Shibli rahmatullah ‘alaih.[13]

 

8.    Junaid al Baghdadi

9.    Mimshadz

9.    Abu Bakr Shibli

Silsilah Cishtiyyah dan Suhrawardiyyah telah sampai ke Junaid melalui Mimshadz (lihat bab ke-4). Manakala silsilah Qadiriyyah dan Naqshbandiyyah pula telah sampai ke Junaid melalui Shibli (lihat bab ke-5).

 

 

9.     Mimshadz ad Dinawari rah.a

( ... – 297/299 hijrah)

Mimshadz berasal dari Dinawar, satu bandar di wilayah Kermanshah, Iran diantara Hamdan dan Baghdad. Dia dikenali sebagai Karimuddin Mun’im kerana sifat beliau yang sangat pemurah. Beliau selalu membantu orang-orang miskin dan menyediakan keperluan-keperluan mereka. Beliau seorang yang amat kaya tetapi kemudian memilih jalan kezuhudan dan berhijrah ke Makkah. Beliau sangat suka berpuasa sejak kecil lagi. Kata Ibnul Jauzi “Mimshadz telah mendampingi Yahya al Jila’ dan masyaikh yang seumpamanya.” [14]

Disaat kematiannya, seorang lelaki telah mendoakan syurga untuknya. Mendengarkan doa itu, beliau tartawa seraya berkata “Sepanjang 30 tahun, syurga dan kenikmatannya telah diperlihatkan kepada ku tetapi tidak sedikit pun aku memandangnya; aku hanya mahukan pemilik syurga itu sendiri.” [15]

Didalam Sifat us Safwah, Ibnul Jauzi telah menukilkan kata-kata Mimshadz “Amat buruk kelalaian daripada mentaati Dia yang tidak lalai berbuat baik terhadapmu dan juga kelalaian daripada mengigati Dia yang tidak lalai mengingatimu.” Beliau juga berkata “Perdampingan dengan orang soleh membuahkan kesolehan didalam hati. Manakala perdampingan dengan orang yang rosak merosakkan hati.”[16] Imam Sha’rani telah menulis bahawa Mimshadz telah meninggal dunia pada tahun 297 hijrah.[17] Beliau telah dikebumikan dikampungnya, Dinawar.

 

 

 

 

 

 

 

Bab 2: Silsilah Cishtiyyah di Cisht 

 

Bab ini mengandungi tujuh orang tokoh. Lima yang pertama berasal dari Cisht. Cisht (ataupun Chesht-e-Sharif) adalah satu pekan berhampiran Herat, Afghanistan. Rujukan kami bagi tujuh tokoh-tokoh ini adalah kitab Mashaikh-e-Cisht karangan Maulana Zakariyya rahmatullah ‘alaih dimana dia menukilkan daripada sumber-sumber bahasa Urdu dan Farsi seperti Khazinatul Auliya’, Anwarul Ashiqin, Tazkiratul Fuqara’, Safinatul Auliya’ dan Ta’limuddin.

 

1. Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam

2. Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu

3. Hasan al Basri rahmatullah ‘alaih

 

Silsilah Cishti

Silsilah Junaid Baghdadi

4.       Abdul Wahid bin Zaid

5.       Fudhail bin ‘Iyadh

6.       Ibrahim bin Adham

7.       Huzaifah al Mar’ashi

8.       Hubairah

9.       Mimshadz as Dinawari

 

4.       Habib al ‘Ajmi

5.       Daud at To’i

6.       Ma’ruf al Karkhi

7.       As Sariy as Saqoti

8.       Junaid al Baghdadi

9.       Abu Muhammad al Hariri

 

10.    Abu Ishaq as Shami

11.    Sayyid Abu Ahmad Abdaal

12.    Sayyid Abu Muhammad

13.    Sayyid Abu Yusuf Chishti

14.    Qutbuddin Maudud

15.    Haji Sharif Zindani

16.    Uthman Haruni

10.    Abdullah at Tabari

11.    Abul Abbas Ahmad al Qassab

12.    Abu Sa’id Abul Khair

13.    Abu Nasr an Naamaqi al Jaami

14.    Qutbuddin Maudud

 

 

  

  1. Abu Ishaq Shami rah.a. 
  2. Sayyid Abu Ahmad Abdaal Cishti rah.a. 
  3. Abu Muhammad bin Abu Ahmad Cishti rah.a. 
  4. Sayyid Abu Yusuf Chishti rah.a. 
  5. Qutubuddin Maudud Chishti rah.a. 
  6. Haji Sharif az-Zindani rah.a. 
  7. Uthman Haruni Cishti rah.a. 

 

 

 

 

 

 

 

10.  Abu Ishaq Shami rah.a

( ... – 329 hijrah)

Abu Ishaq Shami dilahirkan di Cisht. Lantaran zuhud, beliau hanya makan selepas tujuh hari. Kenikmatan berlapar lebih disukainya daripada kenikmatan yang lain. Kata beliau “mikraj para fakir ialah berlapar.” Sebelum berbai’ah, beliau beristikharah selama 40 hari berturut-turut sehinggalah hatinya terpanggil untuk bertemu Mimshadz Dinawari. Apabila ditanya mengenai namanya, jawab beliau “Abu Ishaq Shami.” Maka kata gurunya “Mulai hari ini kamu dikenali sebagai Abu Ishaq Cishti; penduduk Cisht akan belajar daripada kamu dan silsilahmu akan dikenali sebagai Cishtiyyah sehingga ke hari kiamat.” Maka silsilah Cishtiyyah mula tersebar sejak zaman beliau. Selepas beliau empat orang syaikh tasawwuf berturut-turut daripada silsilah ini juga berasal dari Cisht seperti yang diilhamkan kepada Mimshadz Dinawari. Menerima ilham adalah lumrah dikalangan kekasih Allah. [18] Didalam Sahih Al Bukhari, Sayyidina Umar berkata “Demi Allah, apabila ku dapati Allah telah membuka hati Abu Bakar untuk berperang maka aku sedar bahawa ianya benar.”[19]

Abu Ishaq Shami menangis selepas dikunjungi seorang pemerintah buat kali kedua. Beliau berkata “Kekerapan kunjungan raja membuatkan aku rasa takut yang aku terbuat dosa. Ia menyebabkan hubungan aku dengan orang miskin berkurangan. Aku khuatir aku mati bersama orang kaya dan bukan orang miskin.” Beliau meninggal dunia dan dikebumikan di ‘Akkah di sempadan Sham pada tahun 329 hijrah. Antara khalifah-khalifah yang dilantik adalah Khwajah Abu Ahmad Abdal, Khwajah Abu Muhammad dan Khwajah Tajuddin.[20]

 

11.  Sayyid Abu Ahmad Abdaal Cishti rah.a

(260 – 355 hijrah)

Abu Ahmad Abdaal rah.a berketurunan Sayyidina Hasan. Abu Ishaq Shami rah.a selalu menziarahi bapa beliau yang dikenali sebagai Sultan Farsanaafah. Mengikut firasat Abu Ishaq Shami, Sultan Farsanaafah akan memperolehi seorang putera. Oleh itu dia dinasihatkan supaya tidak memakan makanan yang meragukan. Maka lahirlah Abu Ahmad Abdaal rah.a di Cisht pada tahun 260 hijrah di waktu pemerintahan khalifah Banu Abbas, Mu’tamid ‘ala Allah.

Sejak berumur 7 tahun lagi, beliau sentiasa mengunjungi Abu Ishaq Shami serta menimba ilmu syariat dan tarikat daripadanya. Beliau berbai’ah kepada gurunya ketika berumur 16 tahun. Telah menjadi amalan beliau untuk mengkhatamkan Al Quran sekali pada waktu siang dan dua kali pada waktu malam. Beliau dikenali dengan pelbagai keramat dan orang-orang soleh dizamannya menganggap beliau sebagai wali qutub dan abdal. Dikatakan selama 30 tahun beliau tidak tidur diatas katil. Beliau tidak menerima sebarang hadiah dan menjauhi makanan yang lazat dan pakaian cantik.[21] Mujahadah seumpama ini adalah berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al Tirmidhi “Seseorang itu tidak akan mencapai hakikat ketakwaan sehinggalah dia meninggalkan perkara yang tidak salah lantaran takut melakukan yang salah.”[22]

Beliau meninggal dunia pada 355 hijrah dan dikebumikan di Cisht. Antara khalifah-khalifah yang dilantik adalah Khwajah Abu Muhammad dan Khwajah Khuda Bandah.[23]

 

12.  Abu Muhammad bin Abu Ahmad Cishti rah.a

(331 – 411 hijrah)

Abu Muhammad berketurunan Sayyidina Hasan radhiyallahu ‘anhu. Beliau ialah khalifah bapanya, Abu Ahmad Cishti. Dikatakan suara zikrullah kedengaran sejak beliau berada didalam perut ibunya lagi. Sejak kecil lagi beliau telah berbai’ah dan selalu bersendirian, berpuasa dan bermujahadah. Saudara perempuannya juga ialah seorang yang sangat solehah; sentiasa sibuk berzikir dan tidak cenderung berkahwin. Abu Muhammad pernah berkata kepadanya “Engkau ditakdirkan seorang putera yang akan menjadi wali qutub. Oleh itu kau perlu kahwin.” Lantaran sibuk berzikir, beliau enggan. Namun, beberapa hari kemudian dia bermimpi bahawa bapanya memberi arahan yang sama. Sehinggakan saudaranya, Abu Muhammad Cishti, dan bakal suaminya, Muhammad Sam’an, juga mendapat mimpi yang sama. Akhirnya pernikahan itu berlangsung dan hasil dari perkahwinan ini lahirlah Abu Yusuf bin Muhammad Sam’an yang kemudiannya menjadi khalifah Abu Muhammad Cishti. Antara khalifah-khalifah beliau yang lain ialah Khwajah Muhammad Kaku dan Khwajah Ustad Marwan.[24] Perlu diingatkan bahawa bukan semua perkara didalam mimpi itu benar. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam “Terdapat tiga jenis mimpi; fikiran sendiri, takutan syaitan dan berita gembira daripada Allah ta’ala.” (Bukhari dan Muslim) [25]

Ketika berumur 70 tahun, beliau dan murid-muridnya telah menyertai jihad bersama Sultan Mahmud Ghaznawi menentang Somnath di India. Beliau meninggal dunia pada tahun 411 hijrah ketika berumur 80 tahun dan dikuburkan di Cisht.[26]

 

13.  Sayyid Abu Yusuf Chishti rah.a

(... – 459 hijrah)

Sayyid Abu Yusuf bin Muhammad Sam’an rahmatullah ‘alaih dilahirkan di Cisht. Beliau keturunan Sayyidina Husain radiyallahu ‘anhu yang ke-13 daripada sebelah ayah. Manakala daripada sebelah ibu, beliau berketurunan Sayyidina Hasan yang ke-10. Beliau menerima tarbiah kerohanian daripada bapa saudara sebelah ibunya, Abu Muhammad Cishti. Beliau mempunyai tempat khas didalam rumahnya dimana beliau berkhalwat sehingga 12 tahun. Disebabkan malas beribadat, beliau telah mendenda nafsunya dengan tidak meminum air sehingga 20 tahun.

Pada satu hari beliau melalui satu masjid yang sedang dibina. Kayu bumbung yang telah dibeli terlampau pendek. Apabila dimaklumkan, beliau pun terus turun dari kudanya lalu memanjat atap masjid itu. Apabila beliau pegang bucu kayu didapati tiba-tiba ia menjadi cukup panjang. Antara keramat Sayyid Abu Yusuf yang diceritakan adalah sekali semasa cuaca panas beliau dan sahabat-sahabat beliau berasa tersangat haus. Maka beliau mengetuk satu batu dengan tongkatnya lalu air mula keluar dan mereka pun minum dari air itu.

Sayyid Abu Yusuf meninggal dunia ketika berumur 84 tahun pada tahun 459 hijrah dan dikebumikan di Cisht. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau melantik puteranya Sayyid Qutbuddin Maudud sebagai penggantinya.[27]

 

14.  Qutubuddin Maudud Chishti rah.a

(430-527 hijrah)

Sayyid Qutbuddin Maudud rahmatullah ‘alaih juga dikenali sebagai Chiragh-e-Chishtiyan (Pelita para Cishti). Beliau dilahirkan setahun selepas Tughrul Bey memasuki kota Marw, mengalahkan tentera Ghaznawiyyah dan mengasaskan kerajaan Seljuk di Khurasan. Beliau telah melihat kebangkitan kerajaan Seljuk bersama perdana menterinya Nizamul Mulk sehinggalah awal kejatuhan kerajaan itu.

Sayyid Qutbuddin Maudud rah.a berketurunan sayyid Husaini dan menerima perlantikan khalifah daripada bapanya Sayyid Abu Yusuf bin Sam’an rah.a. Beliau telah menghafal keseluruhan Al Quran ketika berumur tujuh tahun dan menamatkan pengajian syariah ketika berumur enam belas tahun. Antara karya beliau adalah Minhajul Arifin dan Khulasatus Syariah.

Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur 29 tahun. Dalam usia yang muda, beliau terus memenuhi tanggung-jawabnya memimpin manusia dengan cemerlang. Beliau meninggal dunia ketika berumur 97 tahun dan disemadikan di Cisht. Beliau juga telah melantik ramai khalifah-khalifah untuk membantu dan meneruskan usaha tazkiah. Antaranya ialah Khwajah Abu Ahmad, Sharif Zandani, Shah Sanjan, Sheikh Abu Nasir Shakeeban, Sheikh Hasan Tibti, Sheikh Ahmad Baderun, Khwajah Sabz Paush, Sheikh Uthman Awwal dan Khwajah Abul Hasan.[28]

 

15.  Haji Sharif az-Zindani rah.a

(492-580 hijrah)

Beliau lahir di sebuah perkampungan Bukhara bernama Zindanah pada tahun 492 hijrah dan merupakan khalifah kepada Syed Qutbuddin Maudud Cishti. Beliau mengasingkan diri didalam hutan selama 40 tahun. Beliau mengutamakan kefakiran dan kelaparan. Pakaian beliau selalunya lusuh. Beliau hanya akan berbuka puasa selepas tiga hari dengan memakan sayur-sayuran tanpa garam. [29] Berzikir boleh menggantikan makanan sebagai perantaraan untuk mendapatkan tenaga beribadah sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Asma’ binti Yazid pernah bertanya bagaimanakah orang beriman pada zaman dajjal hidup tanpa makan. Jawab Baginda “Tasbih dan Taqdis mencukupi mereka sepertimana ia mencukupi penduduk langit.”[30]

Beliau kerap menangis; kadangkala sehingga jatuh pengsan. Apabila ditanya tentang keadaannya ini beliau berkata “Aku tidak dapat mengawal diri apabila memikirkan ayat ‘Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu.’ Aku diciptakan untuk ibadat, sedangkan aku sibuk dengan orang-orang lain.” Pernah beliau dihadiahkan emas tetapi beliau tidak menerima. Sambil menunjuk kearah hutan beliau berkata “Hutan ini penuh dengan benda tu.” Apabila dilihat, didapati anak sungai emas mengalir. Beliau meninggal dunia pada 612 hijrah ketika berumur 120 tahun.  Ada pendapat yang menunjukkan bahawa tarikh wafat beliau adalah 580 atau 584 hijrah. Menurut sesetengah riwayat kubur beliau di Qanuj. Ada yang menyatakan di Zindanah dan ada juga yang menyatakan di Syam.[31]

 

16.  Uthman Haruni Cishti rah.a

( ... – 617 hijrah)

Uthman Haruni dilahirkan di Harun, sebuah perkampungan di wilayah Naisabur. Beliau mahir didalam bidang syariat dan tarikat. Beliau ialah seorang hafiz al Quran dan akan mengkhatamkan keseluruhan al Quran setiap hari. Apabila melantiknya sebagai khalifah, gurunya memakaikan beliau sejenis kopiah yang mempunyai empat bahagian dan berkata “Ini menggambarkan meninggalkan empat perkara; meninggalkan dunia, meninggalkan akhirat kecuali Allah ta’ala, meninggalkan tidur dan meniggalkan keinginan nafsu.” Selama 70 tahun beliau bermujahadah dengan tidak makan sehingga kenyang dan hanya akan minum sepenuh mulut selepas tujuh hari.  Antara kata-kata mutiara Uthman Haruni ialah barangsiapa yang mempunyai tiga sifat ini boleh menjadi wali Allah; kemurahan hati umpama laut, belas rahim umpama mentari dan rendah diri umpama bumi.

Didalam satu perjalanan, beliau dan muridnya Mu’inuddin telah berdepan dengan sebatang sungai sedangkan tiada sampan untuk menyeberangi sungai tersebut. Uthman Haruni menyuruh muridnya menutup mata. Selepas itu muridnya disuruh membuka mata dan didapati mereka telah sampai diseberang sungai.

Uthman Haruni meninggal dunia pada 617 hijrah dan dikebumikan di Mekah. Beliau mempunyai empat khalifah yang masyhur; Muinuddin Ajmeri, Najmuddin Sughra, Shaikh Suri Mangohi dan Muhammad Turk.[32]

 

 

 

 

 

 

 

Bab 3: Permulaan Cishtiyyah di India

  

1.      Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

2.      Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu

3.      Hasan al Basri rahmatullah ‘alaih

 

4.      Abdul Wahid bin Zaid

4.       Habib al ‘Ajmi

5.      Fudhail bin ‘Iyadh

5.       Daud at To’i

6.      Ibrahim bin Adham

6.       Ma’ruf al Karkhi

7.      Huzaifah al Mar’ashi

7.       As Sariy as Saqoti

8.      Hubairah

8.       Junaid al Baghdadi

9.      Mimshadz ad Dinwari

                   

 

......                   

......    

 

13.    Sayyid Abu Yusuf Cishti

13.    Abu Nasr al Naamaqi al Jaami

 

14.    Qutbuddin Maudud

15.    Haji Sharif Zindani

16.    Uthman Haruni

17.    Mu’inuddin Ajmeri Cishti

18.    Bakhtiar Kaaki

19.    Fariduddin Ganj Shakar

20.    Ali Ahmad Sãbir Kalyari

21.    Shamsuddin Turk Paani Patti

22.    Jalaluddin Paani Patti

23.    Ahmad Abdul Haq Rudolwi

24.    Aarif (Ahmad) Rudolwi

25.    Muhammad bin Arif Rudolwi

   

 

 

  1. Mu’inuddin Hasan as Sijzi al Ajmeri rah.a.
  2. Sheikh Qutbud Din Bakhtiar al Ka’ki rah.a. 
  3. Fariduddin Mas’ud Ganj Shakar rah.a. 
  4. Ala’uddin Ali bin Ahmad as Sabir al Kalyari rah.a. 
  1. Shamsuddin at Turkmani al Paani Patti rah.a. 
  2. Jalaluddin Kabirul Awliya Paani Patti rah.a. 
  3. Ahmad Abdul Haq al Faruqi ar Ruduulwi rah.a. 
  4. Aarif (Ahmad) al Faruqi ar Ruduulwi rah.a. 
  5. Muhammad bin Arif (Ahmad) ar Ruduulwi rah.a. 

 

 

 

 

 

 

 

17.  Mu’inuddin Hasan as Sijzi al Ajmeri rah.a

(537 – 627hijrah)

Mu’inuddin Hasan bin Hasan as Sijzi al Ajmeri lahir di Sanjar, satu pekan di daerah Sistan (Sijistan), Iran. Beliau dianggap sebagai imam didalam jurusan tasawwuf di Hindustan. Melalui beliaulah silsilah Cishti bermula dan terus berkembang di benua kecil Hindustan ini. Beliau menghafal Al Quran dan mendalami cabang-cabang syariah di Samarqand. Setelah itu beliau berkelana ke Iraq dan berbai’at dan berkhidmat kepada Sheikh Uthman Haruni Cishti. Beliau telah mendampingi gurunya mengembara selama 20 tahun.[33]

Di dalam pengembaraan ini mereka telah meluangkan masa juga di Mekah dan Madinah dimana beliau dilantik menjadi khalifah dan gurunya mendoakan untuk beliau. Selain daripada Uthman Haruni, beliau juga telah mengambil faedah daripada Sheikh Abdul Qadir Jilani, Abu Najib Suhrawardi dan Sheikh Najmuddin Kubra. Di sebutkan didalam Nuzhatul Khawatir “Beliau menetap di Ajmer yang berada dibawah pemerintahan Hindu di waktu itu dan ramai telah memeluk Islam di tangannya.”

Beliau amat mengambil berat tentang pengamalan syariah. Sekali ketika berwudhu, beliau terlupa melakukan sunnah menyelat jari (khilal). Setiap kali beliau melihat api beliau akan menggigil lantaran takut apa akan berlaku dengannya pada hari kiamat kerana meninggalkan sunnah tersebut.[34] Beberapa nasihat beliau dikumpulkan oleh muridnya yang setia Qutbuddin Bakhtiar di dalam sebuah buku yang berjudul Dalilul ‘Arifin.

 

18.  Sheikh Qutbud Din Bakhtiar al Ka’ki rah.a

(528 - 633 hijri)

Sheikh Bakhtiar lahir di Uush; satu bandar di Tajikistan. Setelah menghafal Al Quran dibawah bimbingan Qadi Hamiduddin Nagauri, beliau berbai’ah dengan Sheikh Mu’inuddin Ajmeri dan menerima khilafah tatkala berumur tujuh belas tahun. Beliau ialah khalifah Sheikh Mu’inuddin yang pertama dan atas arahan sheikhnya beliau menetap di Delhi. Penduduk Delhi amat mencintai beliau. Pemerintah Delhi, Sultan Shamsuddin Iltatmish juga berguru dengan beliau.[35] Setelah menetap di Delhi, beliau kembali ke Ajmer untuk mendampingi sheikhnya. Ini amat menyedihkan penduduk Delhi dan mereka memohon supaya dia dikembalikan. Akhirnya, Sheikh Mu’inuddin telah membenarkan beliau pulang.

Lantaran terdesak, isterinya berhutang dengan jirannya. Si jiran berkata kalau tidak kerana pertolongannya sudah tentu dia mati kelaparan. Mendengar kata-kata itu, beliau pun menyuruh isterinya membaca bismillah dan mengambil kaak (sejenis makanan) daripada sebuah almari. Setiap kali isterinya ke almari itu dia pasti akan mendapati kaak. Sejak itu beliau dikenali sebagai Kaaki.[36]

Beliau telah meninggalkan dunia di sebuah bandar bernama Mahroli. Dua puluh dua orang khalifah beliau telah direkodkan tetapi silsilah Chistiyah yang kekal melalui beliau hanya melalui tiga orang; Sheikh Fariduddin Ganj Shakar, Sheikh Badruddin Ghaznawi dan Shah Khidr Qalandarawi.

 

19.  Fariduddin Mas’ud Ganj Shakar rah.a

(569-664 hijrah)

Sheikh Mu’inuddin telah membawa silsilah Chistiyyah ke India. Namun yang menyebarkannya ke keseluruhan benua kecil itu ialah Sheikh Fariduddin bersama ratusan khalifah-khalifahnya. Beliau lahir di Kohtwaal; satu daerah di Multan. Nama beliau ialah Mas’ud tetapi lebih dikenali sebagai Baba Farid. Untuk bermujahadah, beliau telah dinasihatkan oleh gurunya Sheikh Bakhtiar Kaaki supaya berpuasa dan berlapar. Diriwayatkan bahawa kelaparannya telah memaksa beliau menghisap pasir dan batu. Sebagai keramat, pasir tersebut berubah menjadi gula. Oleh itu beliau juga dikenali sebagai Ganj Shakar yang bermaksud gedung gula.[37]

Setelah menamatkan pelajarannya, beliau telah mendampingi Sheikh Bakhtiar di Delhi. Sebelum meniggal dunia, Sheikh Bakhtiar telah melantik beliau sebagai khalifahnya. Kerana kesibukan dan kemewahan ibu kota itu, beliau telah memencilkan diri di Ajodhan; satu tempat yang kini bernama Pakpattan di daerah Montgomery, Pakistan.[38] Akan tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan kemasyhuran beliau sehingga beliau terpaksa menerima tetamu yang berduyun-duyun mengunjungi beliau sehingga larut malam. Beliau telah melalui kehidupan yang sangat sederhana sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Dua orang khalifahnya yang masyhur ialah Nizamuddin Aulia’ dan Ali Sabir Kalyari, iaitu yang meneruskan cawangan-cawangan Cishti Nizami dan Cishti Sabiri.

 

20.  Ala’uddin Ali bin Ahmad as Sabir al Kalyari rah.a

(592-690 hijrah)

Di dalam Nuzhatul Khawatir ditulis: “Sheikh ‘Alauddin Ali bin Ahmad as Sabir al Isra’ili al Kalyari ialah salah seorang wali-wali yang masyhur di benua India. Beliau berbangsa Israil dan berketurunan Nabi Musa alayhis salam. Beliau bertuah kerana dapat mendampingi Sheikh Fariduddin Mas’ud al Ajuudahni ketika remaja dan terus mendampinginya beberapa lama dengan penuh kezuhudan dan mujahadah. Oleh itu beliau telah sampai ke satu tahap yang jarang sekali dicapai oleh teman-temannya. Kemudian gurunya telah menghantar beliau ke Kalyar yang merupakan satu bandar makmur di satu lembah pergunungan di India Tengah (kini dibawah daerah Saharanpur). Maka beliau telah menyibukkan diri disana dengan beribadah dan mengajar. Sheikh Shamsuddin at Turkmani telah menimba ilmu daripada beliau. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Rabi’ul Awwal 689 atau 690 hijrah seperti yang termaktub di Mihr Jhaan Taab.” [39]

Ketika berkhidmat di dapur khanqah Sheikh Fariduddin selama 12 tahun, beliau sentiasa berpuasa dan tidak makan daripada dapur itu kerana tidak mendapat kebenaran yang jelas. Sheikh Fariduddin kemudian mendapat tahu dan bertanya mengenai hal ini. Jawab beliau “Apa hak hamba ini mengambil makanan tanpa izin tuan?” Mendengarkan kata-katanya, Sheikh Fariduddin menggelar beliau Sabir, iaitu seorang yang penyabar.” [40]

 

Suhbah (Mendampingi para solihin)

Suhbah, iaitu berdamping dengan mereka yang soleh, adalah  satu tuntutan agama. Ini berdasarkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Tirmizi dengan sanad yang hasan bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Seseorang itu diatas agama kawan karibnya. Oleh itu hendaklah seseorang itu memastikan siapakah yang dia temani.”

Persahabatan yang biasa sahaja pun memainkan peranan dalam pembentukan fikrah dan gaya hidup seseorang manakan pula persahabatan lebih akrab yang terjalin antara guru dan murid. Tentulah kewarakan dan kesolehannya dapat dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. Kekeliruan dan silap laku didalam amalan dan adab-adab Islam dapat dibetulkan secara langsung oleh guru mursyid. Pengalaman menunjukkan bahawa amalan agama biasanya tidak akan menjadi kenyataan hanya dengan ceramah dan bacaan kata-kata hikmah. Ia memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan seperti mana-mana perkara keduniaan.

Para murid digalakkan supaya kerap menziarahi guru mereka di pusat suluk di mana program-program pengajian dan bimbingan dijalankan. Bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan pendekatan tarbiah, para murid disarankan supaya hanya mengikuti program yang dianjurkan oleh satu tarikat sahaja pada satu-satu masa. Bagi mereka yang bermustautin jauh dari pusat suluk, surat menyurat adalah alternatif bagi mengekal hubungan islah ini.

 

21.  Shamsuddin at Turkmani al Paani Patti rah.a

( ... – 716 hijrah)

Shamsuddin bin Ahmad bin Abdul Mu’min berasal daripada Turkistan dan berketurunan Muhammad bin al Hanafiyyah rahmatullah ‘alaih. Setelah menyempurnakan pelajaran di tanah airnya, beliau mula mengembara mencari ilmu daripada para ulamak di bandar-bandar serata Asia Tengah. Kemudian, beliau memasuki Hindustan dalam misi yang sama dan berbai’at dengan Sheikh Ala’uddin Ali bin Ahmad as Sabir di Kalyar. Ketika Sheikh Ali as Sabir hampir meninggal dunia beliau telah menulis perlantikan khilafah untuknya.[41] Si guru memerintahkan muridnya “Wilayah Paanipat telah diserahkan kepada kamu. Selepas aku meninggal dunia, hendaklah engkau pergi dan menetap di sana. Jangan tinggal di sini lebih dari tiga hari.” Dikatakan didalam kitab Siyarul Aqtaab bahawa beliau juga telah dilantik sebagai khalifah oleh guru kepada gurunya, Sheikh Fariduddin Ganj Shakar.

Satu musim sejuk ketika bertugas ditentera diraja, tempat dimana beliau mengambil wudhuk pada waktu pagi akan sendirinya menjadi sejuk. Perkara ini amat menakjubkan si penjaga air lalu perkara itu telah dimaklumkan kepada raja. Setelah itu raja telah menjadi pengikut setia Sheikh Shamsuddin Turk Paanipatti. Raja pernah merayu supaya Sheikh mendoakan kemenangan keatas musuh dan mengambil nasihat beliau dalam urusan perperangan.[42]

 

22.  Jalaluddin Kabirul Awliya Paani Patti rah.a

( ... – 765 hijri)

Didalam Nuzhatul Khawatir ditulis “Ash Sheikh al Imam al ‘Alim as Solih, Muhammad bin Mahmud al Uthmani ash Sheikh Jalaluddin al Pani Patti, masyhur dengan gelaran Kabirul Auliya’. Beliau adalah antaran para wali yang bersuluk dan melalui riadah kerohanian. Tarikan kerohanian telah menyelubungi beliau sejak usia muda lagi. Beliau telah mengembara dan bertemu para masyaikh yang hebat dan mendampingi mereka. Beliau mengambil tarikat daripada Shamsuddin Turki Pani Patti dan mendampinginya beberapa lama. Kemudian beliau mengambil tempatnya didalam membimbing dan mengajar tarikat. Sheikh Ahmad Abdul Haq ar Ruduulwi dan ramai lagi telah mengambil faedah daripada beliau. Antara karya beliau ialah Zadul Abrar fil haqa’iq wal ma’arif. Beliau dapat menunaikan haji dan ziarah sebanyak dua kali. Beliau meninggal dunia pada 13 Rabiul Awal 765 hijrah di bandar Pani Patti dan dikebumikan disana seperti yang tersebut didalam Siyarul Aqtab.” [43]

Didalam Mashaikh-e-Cisht ditulis “Pada penghujung hayatnya beliau selalu tenggelam di dalam keaadan fana. Murid-murid beliau akan menyedarkannya pada waktu solat. Selepas solat beliau akan kembali kepada keadaan yang sama.”

“... Silsilah-silsilah tasawuf yang berlainan berkembang pesat melalui empat puluh orang khalifah-khalifah beliau.” [44]

 

23.  Ahmad Abdul Haq al Faruqi ar Ruduulwi rah.a

( ... – 836 hijrah)

“Empunya maqam-maqam yang tinggi dan keramat-keramat yang jelas: Ahmad bin Umar bin Daud al ‘Adawi al Umari ash Sheikh Abdul Haq ar Ruduulwi seorang wali yang masyhur. Tiada yang setara dizamannya didalam kezuhudan dan ibadah. Beliau lahir dan dibesarkan di Ruduuli, satu perkampungan yang pesat di tanah Uudh. Beliau pergi ke Delhi disisi abangnya Taqiyyuddin, seorang alim yang hebat. Beliau bermukim disisinya beberapa lama tetapi tidak sampai ke darjah keilmuan kerana kecenderungannya terhadap kezuhudan dan mujahadah. Kemudian beliau pergi ke Pani Pat dan bertemu Sheikh Jalaluddin Mahmud lalu mendampinginya dan mengambil darinya tarikat. Beliau sibuk dengan latihan kerohanian beberapa lama sehingga Allah ta’ala membuka untuknya pintu-pintu hakikat dan ma’rifah dan menjadikan beliau dikalangan ulamak yang teguh. Selepas pemergian gurunya, beliau menyandang tempat gurunya selama lima puluh tahun dalam keadaan zuhud dan qana’ah. Ramai telah mengambil faedah dari beliau.” [45] Beliau bertanya tentang contoh yang biasa digunakan didalam ilmu nahu “Zaid pukul Amar”.  Tanya beliau “Mengapakah Zaid pukul Amar?” Abangnya menerangkan bahawa itu hanya satu contoh. Ujar beliau “Jika dia pukul tanpa alasan yang sah maka itu satu kezaliman. Jika dia tidak pukul maka ini adalah satu penipuan. Saya tidak mahu belajar ilmu yang mengajar penipuan dan kezaliman.”[46]

 

24.  Aarif (Ahmad) al Faruqi ar Ruduulwi rah.a

( … - 882 hijrah )

Sesetengah riwayat merekodkan nama beliau sebagai Sheikh Ahmad. Beliau ialah anak Sheikh Ahmad Abdul Haq Rudolwi rahmatullah alayh. Sheikh Ahmad Abdul Haq mempunyai beberapa orang anak tetapi kesemuanya ditakdirkan meninggal dunia ketika lahir kecuali Sheikh Arif rahmatullah ‘alayh. Melalui puteranya inilah silsilah ini diteruskan. Oleh itu, Sheikh Arif bin Abdul Haq Radolwi rahmatullah ‘alayhima ialah seorang anak dan khalifah kepada Sheikh Ahmad Abdul Haq; keturunan jasmani dan rohani. Begitu juga beliau merupakan khalifah ayahnya yang utama. Sebelum lahir, ibunya menangis kesedihan kerana anak-anak yang dilahirkan sebelum ini semuanya telah meninggal. Bapanya berkata bahawa anak ini akan hidup. Maka lahirlah Sheikh Arif Ruduulwi.

Ketika kewafatan ayahnya, beliau hanya berumur 17 tahun dan telah mencapai kesempurnaan rohani sejak umur yang muda ini. Selepas pemergian ayahnya, beliau menaiki takhta kerohanian dan terus mengairi kehausan masyarakat dengan ilmu syariat dan tarikat. Antara sifat-sifat beliau yang unggul ialah sesiapa sahaja yang bertemu dengannya akan merasakan bahawa tumpuan sheikh hanya tertumpu kepadanya sahaja dan bukan orang lain.

Banyak percanggahan mengenai tarikh kewafatan beliau dan dapat disahkan dengan pasti. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa beliau wafat pada 17 Safar 882 hijrah.[47]

 

25.  Muhammad bin Arif (Ahmad) ar Ruduulwi rah.a

( … - 898 hijrah)

Sheikh Muhammad ialah khalifah ayahandanya, Sheikh Arif (Ahmad) Rudolwi. Antara yang berbai’ah kepada beliau ialah wali yang masyhur dibenua India, Sheikh Abdul Quddus Gangohi. Ini adalah kerana Sheikh Abdul Quddus mempunyai keserasian rohani dengan datuk beliau, Sheikh Abdul Haq Ruduulwi.  Oleh itu beliau berbai’ah kepada cucunya bagi menjalinkan juga hubungan yang zahir.

Apabila hampir wafat, anaknya yang dikenali sebagai Sheikh Buddah berada di Shah Abad bersama Abdul Quddus Gangohi. Beliau memanggil mereka supaya hadir. Mereka sampai ketika beliau hampir wafat dan sentiasa berada didalam keadaan istighraq dan sukr (tenggelam dalam pemikiran dan mabuk cinta). Setiap kali tersedar daripada keadaan ini beliau akan berkata “Alhamdulillah, aku telah faham.” Sheikh Abdul Quddus Gangohi bertanya apakah yang telah difahami. Jawab beliau “Aku telah memahami tauhid.”

Sheikh Gangohi meminta keizinan untuk menetap ditempat lain sepeninggalan beliau kerana khuatir diselubungi kesedihan memandangkan beliau tiada lagi di Ruduuli. Beliau memberi keizinan dan mewasiatkan supaya anaknya, Sheikh Buddah, ditinggalkan di Ruduuli setelah layak menerima perlantikan khalifah. Sheikh Gangohi melaksanakan wasiat itu sepenuhnya. Tarikh wafat beliau tidak dapat disahkan, namun tarikh yang termaktub didalam salasilah adalah 898 hijrah.[48]

 


 

Bab 4: Bertemu Silsilah Suhrawardiyyah

 

9.      Mimshadz ad Dinawari

10.   Abu Ishaq as Shami

10.    Ahmad al Aswad ad Dinawari

·                   

11.   Abu Ahmad bin Ammuwaih

·                   

12.   Wajihuddin Abul Hafs

17.    Mu’inuddin Ajmeri Chishti

13.   Abu Najib Abdul Qahir Shrwardi

18.    Bakhtiar Kaaki

14.   Shihabuddin Umar Suhrawardi

19.    Fariduddin Ganj Shakar

15.   Baha’uddin Zakariyya Multani

20.    Ali Ahmad Sabir Kalyari

16.   Sadruddin Arif Multani

21.    Shamsuddin Turk Paani Patti

17.   Ruknuddin Abul Fath Multani

22.    Jalaluddin Paani Patti

18.   Syed Jalaluddin Bukhari

23.    Ahmad Abdul Haq Rudolwi

19.   Syed Ajmal bin Amjad Bahriachi

24.    Aarif (Ahmad) Rudolwi

20.   Syed Bud’dhn Bahriachi

25.    Muhammad bin Arif Rudolwi

21.   Muhammad bin Qasim al Uudi

26.    Abdul Quddus Gangohi

22.   Abdul Quddus Gangohi

27.    Jalaluddin Faruqi Thanesri

28.    Nizamuddin Balkhi Thanesri

29.    Abu Sa’id Ganghohi

30.    Muhibullah I’laahabaadi

31.    Muhammadi Hargaami

32.    Muhammad Amrohwi

33.    Abdul Hadi Amrohwi

34.    Abdul Bari Amrohwi

  

  1. Abdul Quddus al Gangohi rah.a. 
  1. Sheikh Jalaluddin al Faruqi at Thanesri rah.a. 
  2. Nizamuddin al Balkhi al Thanesri rah.a. 
  3. Abu Sa’id al Gangohi rah.a. 
  1. Khwajah Muhibullah al I’laahabaadi rah.a. 
  2. Sheikh Muhammadi bin Isa al Hargaami rah.a. 
  1. Muhammad bin al Hamid al Amrohwi rah.a. 
  2. Sheikh Abdul Hadi al Amrohwi as Siddiqi rah.a. 
  3. Sheikh Abdul Bari al Amrohwi as Siddiqi rah.a. 

 

 

 

 

 

 

 

 

26.  Abdul Quddus al Gangohi rah.a

( ... – 944 hijrah)

Didalam Nuzhatul Khawatir ditulis “Abdul Quddus Gangohi rah.a lahir dan dibesarkan di Ruduuli. Beliau mempelajari ilmu nahu dan sarf daripada Mulla Fathullah Chukna kemudian meninggalkan pelajaran dan mendampingi kubur Sheikh Ahmad Abdul Haq Ruduulwi beberapa lama sehinggalah beliau merasakan bahawa tasawwuf tanpa ilmu adalah seumpama makanan tanpa garam. Lalu beliau menyambung semula pengajian dan mutalaah sehingga Allah taala membuka untuknya pintu-pintu ilmu dan ma’rifah. Beliau telah banyak mengambil limpahan keberkatan Sheikh Rudolwi dan memakai khirqah daripada cucunya; Muhammad b. Ahmad b. Ahmad ar Rudolwi. Kemudian beliau berpindah ke Shah Abad dan selepas itu ke Ganggoh dan menetap disana.”[49]

Beliau juga telah dilantik sebagai khalifah didalam silsilah Suhrawardiyya oleh Sheikh Muhammad bin Qasim al Uudi rah.a. [50] (896 hijrah). Antara karya beliau ialah Anwarul ‘Uyun dan Hasyiatut Ta’arruf yang merupakan syarah besar kepada ‘Awariful Ma’arif. Beliau meninggal dunia di Gangoh. Disini tiga ulamak terkemuka daripada silsilah Cishtiyyah dikebumikan; Abdul Quddus Gangohi, Abu Sa’id Gangohi dan Maulana Rashid Ahmad Gangohi. Beliau mempunyai tujuh orang anak lelaki yang kesemuanya menjadi insan yang berjaya dan mulia. Setiap kali mereka ingin berjumpa dangan ayah mereka, beliau sendiri akan ke Delhi supaya pelajaran mereka tidak terganggu.[51]

 

Tawhidul Matlab

Para masyaikh berpendapat bahawa sebagaimana matluub (yang dicari) itu satu, begitu juga matlab (tempat mencari) perlu satu.

Seorang murid Sheikh Abdul Quddus Gangohi tefikir bahawa beliau telahpun mempelajari ilmu suluk daripada gurunya. Beliau berpendapat bahawa ramai lagi para masyaikh yang masyhur dan tidak salah untuk belajar di tempat lain juga. Beliau tidak menzahirkan pendapat ini kepada gurunya tetapi gurunya sedar akan perkara ini. Maka kata gurunya “Saudara! Allah ta’ala berfirman (Berjalanlah diatas muka bumi). Oleh itu, jika kamu pergi jalan-jalan kamu akan dapat kerehatan dan kemuliaan menziarahi para masyaikh. Tidak salah untuk kamu bertanya mana-mana guru mengenai ma’rifatullah.”

Si murid berasa gembira dengan kebetulan ini lalu memulakan perjalanannya. Setiap guru mursyid yang ditemui mengarahkannya dengan zikir asas yang dipelajari pada peringkat permulaan. Kemudian dia rasa tidak senang dan terfikir “Semua yang aku jumpa memulakan aku semula dengan Alif, Baa, Taa. Yang aku buat selama ini semua macam sia-sia sahaja.” Akhirnya dia kembali ke Sheikh Gangohi dalam keadaan malu. Tanya Sheikh “Saudara, kamu dah puas hati? Sekarang duduk diam dengan perhatian yang tak berbelah bagi dan sebutlah nama Allah.” [52]

 

27.  Sheikh Jalaluddin al Faruqi at Thanesri rah.a

( ... – 969/989 hijrah)

Sheikh Jalaluddin Mahmud at Thanesri rah.a berasal dari Balkh dan berketurunan Sayyidina Umar radiyallahu ‘anhu. Beliau ialah seorang ilmuan yang sentiasa sibuk mengajar, menulis, berfatwa dan sebagainya. Kemudian beliau telah berbai’ah dengan Sheikh Abdul Quddus Gangohi. Atas arahan sheikhnya, beliau menyandang tugas tarbiah dan memencilkan diri dengan kezuhudan dan ibadah. Beliau hidup selama 93 tahun sehingga kurus disebabkan latihan kerohanian yang berat.[53] Keteguhan beliau kepada pengamalan sunnah dapat digambarkan ketika beliau jatuh sakit. Ketika hendak memakan ubat, oleh kerana tidak mampu untuk duduk sendiri beliau mengarahkan supaya badannya ditegakkan dan diletakkan keatas lantai. Setelah duduk dan memakan ubat beliau berkata “Tidak sabit dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa Baginda makan diatas katil atau kerusi.”[54]

Didalam bukunya, Irsyadud Talibin, beliau menulis “Para asyikin tidak mengejar kasyaf dan keramat. Tumpuan mereka sepenuhnya hanyalah ibadah, zuhud dan taqwa; mereka sekali-kali tidak akan meninggalkan perkara-perkara ini. Bahkan mereka menghancurkan nafsu mereka dan mati sebelum mereka mati.” Ditempat yang lain beliau berkata “Para sufi jahil yang terpesong daripada jalan sebenar telah menyesatkan orang lain. Mereka terkecuali daripada mencapai wusul (sampai kepada Allah) kerana mereka telah mengabaikan usul. Usul ialah mengamalkan Syariah dan Tariqah.”[55]

 

28.  Nizamuddin al Balkhi al Thanesri rah.a

( ... – 1024 hijrah)

Nizamuddin bin Abdul Syakur rah.a ialah khalifah, menantu dan anak saudara Sheikh Jalaluddin Thanesri rah.a. Beliau telah menggabungkan ilmu, amalan, latihan dan mujahadah. Gurunya telah menyibukkannya dengan tanggung-jawab memimpin dan mengajar suluk kepada orang lain. Semasa hayatnya lagi, Sheikh Jalaluddin menyuruh semua murid-murid dan khalifah-khalifahnya untuk merujuk kepada Nizamuddin Balkhi rah.a. Antara karya-karya beliau ialah syarah kepada Lama’at Iraqi, syarah Sawanih al Ghazali, Risalah al Haqiqah, ar Risalah al Balkhiyyah dan at Tafsir an Nizomi.[56]

Disebabkan kemasyhuran beliau dari sudut keilmuan dan kerohanian, mereka yang cemburu mula menaruh perasaan benci terhadap beliau. Mereka terus-menerus melaporkan aduan palsu sehingga beliau diusir dari India oleh Sultan Akbar. Kemudian beliau tinggal di Balkh dimana beliau dihargai olah para pemimpin, ulamak dan masyaikh. Pada mulanya gabenor Balkh juga berniat untuk mengusir beliau. Walaubagaimanapun, si gabenor telah bermimpi bertemu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan Baginda melarangnya daripada berlaku demikian. Gabenor itu kemudiannya menjadi pengikut setia Nizamuddin al Balkhi rah.a. Nizamuddin Balkhi akhirnya meninggal dunia di Balkh. Antara khalifah-khalifah beliau ialah anak beliau Abdul Karim dan Sayyid Ali Ghawwas. Mereka menetap di Balkh manakala Sheikh Abu Sa’id Gangohi telah menjadi wakilnya di India.[57]

 

29.  Abu Sa’id al Gangohi rah.a

( ... – 1049 hijrah)

Abu Sa’id bin Nuruddin bin Abdul Quddus ialah cucu Abdul Quddus Gangohi rah.a.  Ibunya pula ialah puteri Sheikh Jalaluddin al Umari at Thanesri rah.a. Beliau lahir dan dibesarkan di Ganggoh.[58] Beliau hendak berbai’ah kepada datuknya tetapi kerana sudah tua, Sheikh Jalaluddin telah menyerahkan urusan tarbiahnya kepada Nizamuddin Balkhi rah.a. Apabila gurunya terpaksa meninggalkan Hindustan kearah Balkh, Abu Sa’id diliputi perasaan sedih yang amat sehingga beliau telah mengabaikan amalan-amalan kerohanian beliau.

Satu hari ketika menziarahi kubur datuknya, Abdul Quddus Gangohi rah.a, beliau rasa terpanggil untuk menziarahi gurunya di Balkh. Suara hati ini kedengaran sehingga tiga hari. Akhirnya beliau telah berjalan kaki sehingga sampai ke Balkh.

Ketibaan beliau telah dijangka oleh Nizamuddin Balkhi melalui kasyaf. Mengikut kasyaf tersebut, Abdul Quddus Gangohi memesan supaya cucunya dilayan sebagai tetamu selama tiga hari. Oleh itu, Sheikh Nizamuddin bersama gabenor Balkh telah menyambut Abu Sa’id Gangohi dengan penuh penghormatan.[59]

Setelah melalui satu proses tarbiah dan mujahadah yang agar berat daripada Nizamuddin Balkhi, Abu Sa’id Gangohi akhirnya dilantik menjadi khalifah dan dihantar pulang ke Gangoh untuk meneruskan misi tarbiah di sana. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Gangoh.

 

Menguji ketabahan Abu Sa’id Gangohi

Selepas beberapa hari berlalu dengan layanan yang hebat, Abu Sa’id Gangohi berkata kepada gurunya “Tuan, saya datang berjalan kaki dari Gangoh ke Balkh bukanlah bertujuan dimuliakan sebegitu rupa.” Maka kata gurunya “Hai anak! Jelaskan tujuan kamu sebenarnya.” Kata beliau “Aku datang untuk mendapatkan khazanah yang engkau telah dapatkan daripada keluargaku.” Mendengarkan kata-kata beliau, berubahlah muka gurunya seraya berkata “Jika kau inginkan khazanah itu maka ucaplah selamat tinggal kepada semua kemewahan ini. Daripada hari ini engkau ditugaskan menjaga bilik air.” Beliau hanya dibekalkan roti pagi dan petang. Beliau tidak dibenarkan datang berjumpa gurunya sebelum menerima arahan seterusnya. Tidak ada zikir ataupun amalan yang khusus. Beliau hanya perlu sembahyang, puasa dan menjaga keperluan bilik air.

Setelah beberapa lama, Nizamuddin telah mengarahkan khadimnya supaya mencurahkan najis keatas Abu Sa’id. Setelah melakukan apa yang disuruh, Abu Sa’id menjadi tersangat marah lalu berkata kepada si khadim “Kalau di Gangoh, tahulah kamu padahnya.” Si khadim melaporkan peristiwa tersebut, lalu kata gurunya “Syaitan masih lagi di kepalanya. Bau kerajaan Gangoh masih belum hilang. Dia perlu menjaga bilik air lagi.” Tidak lama kemudian, si khadim disuruh mengulangi arahan tadi dan pada kali ini beliau tidak berkata apa-apa. Cuma menjeling marah. Setelah dimaklumkan, gurunya berkata “Masih ada kekurangan didalam dirinya.” Tugas itu dikekalkan lagi beberapa hari. Pada kali yang ketiga, Abu Sa’id merendahkan diri dan dia sendiri mengumpulkan najis itu kembali. Mendengarkan berita itu Nizamuddin Balkhi berkata “Alhamdulillah! Peringkat pertama telah berjaya dilalui.” Selepas itu barulah Abu Sa’id dibenarkan menghadiri majlis gurunya dan diajarkan zikir-zikir yang khusus. Apabila zikir yang diamalkan mula menampakkan kesan kerohanian, gurunya mendapati sifat ‘ujub pada diri Abu Sa’id. Maka terus disuruhnya berhenti dari amalan tersebut dan ditugaskan menjaga anjing-anjing buruan.

Suatu hari beliau membawa anjing-anjing itu berjalan di hutan. Tiba-tiba anjing-anjing itu mula mengejar seekor buruan. Abu Said terpaksa berlari memegang kukuh rantai-rantai ikatan. Lantaran penat, dua ekor terlepas daripada kawalan. Cepat-cepat rantai diikat sekeliling pinggang untuk mengelak kemarahan gurunya. Namun, akhirnya beliau rebah diheret anjing-anjing itu. Badannya luka ditusuk duri dan batu-batu tajam. Tatkala itu beliau diselubungi perasaan kerohanian yang menyebabkan beliau lupa segala kesusahan. Selepas itu, Nizamuddin Balkhi tidak lagi mengenakan mujahadah yang berat terhadap beliau dan sentiasa melayani beliau dengan baik. Amalan-amalan dan zikir disambung semula. Setelah dilantik menjadi khalifah, dia pulang ke Gangoh untuk meneruskan misi tarbiah di sana.

Kadangkala ujian yang sangat keras  dikenakan bagi mengenal pasti keadaan hati sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah berkenaan dua wanita yang berebut bayi dan mendakwa ia adalah anaknya. Kata Nabi Sulaiman “Bawakan sebilah pisau supaya aku membahagi dua bayi ini.” Lantas berkata wanita yang muda “Jangan lakukan, semoga engkau dirahmati Allah. Anak itu milik dia.” Oleh itu itu Nabi Sulaiman alaihis salam memutuskan bahawa bayi itu ialah anak perempuan yang muda itu.

 

30.  Khwajah Muhibullah al I’laahabaadi rah.a

( ... – 1058 hijrah)

Muhibbullah Ilaahabaadi rah.a berasal daripada Sadarpur. Setelah menyempurnakan pelajaran ilmu-ilmu zahir dan berkhidmat dengan kerajaan, beliau mula berminat untuk mendalami ilmu-ilmu batin. Justeru, beliau menyertai silsilah Cishtiyyah Sabiriyyah dengan berbai’ah kepada Sheikh Abu Sa’id di Gangoh. Beliau mendampingi gurunya dalam tempoh yang agak lama.[60]

Muhibbullah ialah antara khalifah-khalifah Sheikh Abu Sa’id yang ulung. Beliau dilantik menjadi khalifah hanya selepas beberapa hari berbai’ah. Melihatkan perkara ini, beberapa orang murid yang telah lama mendampingi Sheikh Gangohi merasa tersinggung kerana tidak mendapat layanan dan tumpuan yang sama sepertimana yang diterima oleh orang baru ini. Apabila ditanya tentang perkara ini, Sheikh Gangohi berkata “Ini adalah kurniaan Allah ta’ala. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka.” Sheikh Gangohi menerangkan bahawa setiap orang tidak sama. Ada yang memerlukan mujahadah dan susah payah yang lebih dan ada pula yang menerima kurniaan rohani dengan sedikit usaha sahaja.[61]

Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau kembali ke tanah airnya di Sadarpur. Kemudian beliau menetap di Ilaahabaad dimana keberkatan beliau mula tersebar dan ramai alim ulama menyertai silsilah beliau. Setelah 20 tahun bersinar, bintang hidayat ini akhirnya terbenam dan disemadikan di Ilaahabaad.[62]

 

31.  Sheikh Muhammadi bin Isa al Hargaami rah.a

(14 Shawal 1021 – 3 Rejab 1107)

Muhammadi bin Isa al Hargami berketurunan Muhammad bin Ali bin Abdillah bin Ja’far bin Abi Talib. Setelah mendalami ilmu-ilmu zahir, beliau telah menimba ilmu daripada Sheikh Muhibbullah rah.a dan terus berkhidmat kepada gurunya selama 14 tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau hanya sekali menziarahi ayahnya di Hargaam. Setelah meninggalkan Ilahabad, beliau tinggal di Amrohah untuk beberapa ketika atas desakan penduduknya. Kemudian beliau bermukim di Akbar Abad atas arahan gurunya. Beliau mempunyai sebuah syarah kepada at Taswiah, karangan gurunya Sheikh Muhibbullah rah.a.

Telah menjadi kebiasaan insan ternama dijadikan sasaran mereka yang berhasad dengki. Mereka telah mengada-adakan fitnah dan mengadukan perihal Sheikh Muhammadi kepada Sultan Alamgir (juga dikenali sebagai Sultan Aurangzeb). Maka sultan telah memerintahkan supaya beliau tinggal di tanah suci Mekah dan Madinah. Setelah lima tahun disana, beliau kembali pada tahun 1095 hijrah. Didalam tempoh itu juga, beliau dikurniakan dua cahaya mata; Sa’d Muhammad Makki dan Roshen Muhammad Madani. Sekembalinya beliau, musuh-musuh beliau terus menabur tuduhan dan beliau didakwa sebagai pengkhianat. Akhirnya, Alamgir telah memenjarakannya di Aurangabad. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika masih lagi didalam tahanan dan jasadnya disemadikan di Akabar Abad (Agra).

Antara khalifah-khalifah beliau ialah kedua-dua anak lelaki beliau dan saudara lelaki beliau, Muhammad Hamid bin Isa Hargaami. [63]

 

Muhammad Makki rah.a

Muhammad Makki ialah putera Sheikh Muhammadi yang dilahirkan di Mekah. Nama beliau termaktub didalam silsilah antara nama ayahanda beliau, Sheikh Muhammadi, dan nama sepupu beliau, Sheikh Adh’duddin.

Manakala didalam Maqasidus Sadiqin, kitab karangan Sheikh Adh’duddin sendiri, beliau telah menulis bahawa beliau telah meneguk daripada bejana bapa saudara beliau, Sheikh Muhammadi. Kitab-kitab tarikh yang lain juga mengesahkan bahawa Sheikh Adh’duddin diijazahkan terus daripada bapa saudaranya, Sheikh Muhammadi. Oleh itu, sesetengah rekod tidak menyenaraikan nama Muhammad Makki didalam silsilah.

Setengah rekod yang lain menamakan Muhammad Hamid sebagai perantaraan dan ada yang menamakan Muhammad Makki. Ini tidak menjadi satu masaalah kerana walaupun Sheikh Adh’dudin diijazahkan terus daripada bapa saudaranya, beliau juga telah menerima tarbiah daripada bapanya sendiri, Muhammad Hamid dan sepupunya, Muhammad Makki.

 

Perbahasan tentang keluarga ini dibincangkan didalam Ta’limud Din karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi dan Nukhbatut Tawarikh Amrohi. Kitab-kitab sejarah tidak menukilkan tarikh lahir dan wafat Muhammad Makki. Dikatakan bahawa beliau telah dikebumikan di Amrohah. [64]

  

32.  Muhammad bin al Hamid al Amrohwi rah.a

(1077 – 1172 hijrah)

“Sheikh yang soleh; Muhammad bin al Hamid bin Isa az Zainabi al Hargaami ash Sheikh ‘Ad’duddin al Amrohwi, salah seorang pembesar mashaikh Cishtiyyah. Beliau telah belajar daripada bapanya dan bapa saudaranya, Sheikh Muhammadi al Fayyadh. Beliau mendampingi gurunya beberapa lama sehingga menyandang tempatnya di Amrohah. Beliau merupakan seorang alim besar yang mahir dalam bidang Bahasa Arab, seorang yang bertaqwa, soleh dan tidak menerima apa-apa jawatan dan imbuhan daripada para pemerintah. Beliau telah menghabiskan umurnya didalam kefakiran. Beliau mahir didalam tafsir mimpi. Antara karangan beliau ialah Maqasidul ‘Arifin (disempurnakan pada tahun 1124 hijrah), Diwan   ash Shi’r al Farisiy dan Sadd Suruur (sebuah karya didalam bahasa Sanskrit yang membincangkan tentang ma’rifah dan hukum tarikat).”[65]

Bapanya al Hamid bin Isa berasal dari Hargaam dan berpindah ke Amrohah pada tahun 1073 hijrah, beberapa tahun sebelum kelahiran beliau. Beliau telah meninggal dunia ketika berumur lebih kurang seratus tahun. Maqam beliau di Amrohah terletak berhampiran masjid jamek. Disebutkan didalam Mashaik-e-Cisht bahawa seorang yogi telah menghadiahkannya sejenis kimia yang didakwa boleh menukar besi menjadi emas tetapi beliau tidak menggunakannya. Apabila ditanya beliau menjawab “Tidak ada keperluan kerana aku mempunyai kimia yang lebih hebat; iaitu sifat qana’ah (puas dengan apa yang ada).” [66]

 

33.  Sheikh Abdul Hadi al Amrohwi as Siddiqi rah.a

(1084 – 1190 hijrah)

“Sheikh yang soleh; Abdul Hadi bin Muhammad bin Abdul Sami’ al Qurashi as Siddiqi al Amrohwi, salah seorang mashaikh Cishtiyyah. Beliau lahir dan dibesarkan di Amrohah. Beliau menimba ilmu dan ma’rifah daripada ‘Ad’dud Din Muhammad bin al Hamid az Zainabi dan mendampinginya beberapa lama sehingga menyandang tempat perguruan. Abdul Bari bin Zuhurullah al Amrohwi dan ramai lagi telah mengambil faedah daripadanya.”[67]

Ketika mengurut kaki gurunya, Sheikh Abdul Hadi berkata “Tuan, doakanlah supaya saya dilepaskan daripada belenggu sifat keakuan.” Gurunya menjawab “Engkau ingin menjadi seperti kami sedangkan engkau terpaut dengan berbagai jenis hubungan.” Beliau berkata “Saya ingin menjadi seperti anjing tuan.” Gembira dengan kata-kata beliau, Shah Adh’dud Din telah melantiknya sebagai khalifah beberapa hari selepas itu.

Kerana suka berseorangan, beliau telah banyak menghabiskan masa didalam hutan. Sekali beliau bermimpi bahawa Rasulullah sallallahu alihi wasallam memerintahkannya untuk hidup di bandar  supaya masyarakat dapat menimba faedah daripadanya. Lantaran itu, beliau menetap di satu penempatan bernama Baraah. Diatas permintaan Qadi Shaikhul Islam beliau telah berpindah ke Khai Kherah berdekatan Bereili. Sejurus selepas itu, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Makamnya terletak di kebun Sheikh Zuhurullah as Siddiqi di Amrohah.

 

34.  Sheikh Abdul Bari al Amrohwi as Siddiqi rah.a

( ... – 1226 hijrah)

“Sheikh yang soleh; Abdul Bari bin Zuhurullah bin Abdul Hadi as Siddiqi al Amrohwi, salah seorang mashaikh Cishtiyyah. Beliau lahir dan dibesarkan di Amrohah. Beliau menimba ilmu daripada datuknya Sheikh Abdul Hadi dan mendampinginya beberapa lama sehingga menyandang tempat perguruan selepasnya. Mirza Jaanjaanaan al ‘Alawi ad Dehlawi telah membawanya ke Delhi kerana mengenali datuknya dan mengajarkannya zikir mengikut pendekatan masyaikh Naqshbandiyyah. Beliau mendampinginya selama enam bulan dan mencapai kedudukan yang tinggi daripada pendekatan itu. Kemudian beliau kembali ke Amrohah dan mengajar pengikut-pengikutnya kedua-dua tarikat. Walaubagaimanapun, pendekatan Cishtiyyah lebih banyak digunakan oleh beliau. Haji Abdul Rahim dan ramai lagi telah mengambil faedah daripada beliau.”[68]

Lantaran tubuh yang lemah, datuknya mengenakannya mujahadah yang lebih ringan berbanding saudaranya yang lebih kuat. Beliau berkhidmat kepada datuknya sejak berumur 12 tahun dan disuruh memakai pakaian yang cantik. Walaupun luaran beliau tidak seperti para sufi yang miskin, hatinya sentiasa dipenuhi dengan cinta hakiki. Beliau sentiasa berpuasa dan dikuasai perasaan gembira ketika berselawat. Selepas pemergian Shaikh Abdul Hadi ke rahmatullah, beliau telah menyambung misi datuknya dan terus mengairi silsilah Cishtiyyah dengan usaha-usaha kerohanian. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki dan tujuh orang khalifah.[69]

 

 

 

 

 

 

 

Bab 5: Bertapak di Deoband

 

 

Empat Silsilah sehingga Maulana Abdul Hamid Ishaq

 

Chishti

Junaid Baghdadi

8.     Hubairah

8.     Junaid Baghdadi

9.     Mimshadz ad Dinwari

9.     Abu Bakr Shibli

·          

·          

·          

·          

-      Chishti & Suhrawardi

·          

·          

-      Naqhsbandi & Qadiri

·          

·          

26.    Abdul Quddus Gangohi

·          

27.    Jalaluddin Faruqi Thanesri

·          

28.    Nizamuddin Balkhi Thanesri

-      Sheikh Ahmad Sarhindi

29.    Abu Sa’id Ganghohi

·          

30.    Muhibullah I’laahabaadi

·          

31.    Muhammadi Hargaami

·          

32.    Muhammad Amrohwi

-      Shah Waliulllah ad Dehlawi

33.    Abdul Hadi Amrohwi

-      Shah Abdul Aziz ad Dehlawi

34.    Abdul Bari al Amrohwi

-      Syed Ahmad Berelwi

35.  Abdul Rahim Wilayati

36.  Nur Muhammad al Jhinjhaanawi

37.  Haji Imdaadullah Muhaajir Makki

38.  Maulana Ashraf Ali Thanwi

39.  Maulana Abrarul Haqq

40.  Maulana Hakim Muhammed Akhtar

41.  Maulana Abdul Hamid Ishaq

 -     Abdul Rahim Wilayati

 

 

 

 

 

 

 

  

 

  1. Sayyid Abdur Rahim Wilaayati as Saharanpuri rah.a. 
  1. Sheikh Nur Muhammad al Jhinjhaanawi rah.a. 
  1. Haji Imdaadullah Muhaajir Makki rah.a. 
  1. Maulana Ashraf Ali Thanwi rah.a. 
  2. Maulana Abrarul Haqq rah.a. 
  1. Maulana Hakim Muhammed Akhtar rah.a. 
  1. Maulana Abdul Hamid Ishaq - hafizahullah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

35.  Sayyid Abdur Rahim Wilaayati as Saharanpuri rah.a

( ... – 1246 hijrah)

 “Sheikh soleh yang berumur; Abdul Rahim al Husaini al Afghani thumma as Saharanpuri, antara masyaikh yang masyhur. Beliau mengambil tarikat Qadiriyyah daripada Sheikh Raham Ali al Qamisi as Saadhorwi rah.a. dan tarikat Cishtiyyah daripada Sheikh Abdul Bari bin Zuhurullah al Amrohwi rah.a. Kemudian beliau telah menunaikan haji dan ziarah di Haramain lalu kembali ke India dan menetap di Saharanpur beberapa lama. Apabila as Sayyid al Imam Ahmad bin Irfan asy Sahid al Berelwi sampai di Saharanpur beliau bertemu dengannya dan berbai’ah kepadanya. Beliau menyertainya ke negeri-negeri sempadan India sehinggalah gugur syahid di jalan Allah.” [70] Sayyid Abdur Rahim rah.a telah terkorban syahid bersama Sayyid Ahmad Berelwi rah.a dan Maulana Ismail Dehlawi rah.a ketika bertempur dengan puak Sikh. Beliau dikebumikan di Panjtaar Mulk Wilayat.

Kadang kala mereka berdua akan bermuraqabah sehingga kesan silsilah mereka mempengaruhi satu sama lain. Beliau ditanya “Engkau ialah seorang yang telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi dan tidak kurang daripada Sayyid Ahmad. Bahkan engkau lebih hebat daripada dia. Mengapa perlu engkau berbai’ah kepadanya dan mengarahkan murid-murid engkau juga berbai’ah kepadanya?” Beliau menjawab “Walaupun begitu, kami tidak tahu bagaimana bersembahyang dan berpuasa. Dengan keberkatan Sayyid Ahmad, kami telah mempelajari sembahyang dan puasa.” [71] 

 

Pertempuran Balakot

Ketika memerintah Punjab, Raja Ranjit Singh telah berlaku zalim terhadap orang Islam. Dia telah menjadikan Masjid Shahi sebagai kandang. Maruah perempuan pun tidak terlepas daripada kezalimannya. Akhirnya berita kezalimannya sampai ke Ray Bereli, kampung halaman Sayyid Ahmad Berelwi rahmatullah ‘alaih.

Mendengarkan berita ini, Sayyid Ahmad menyeru kaum Muslimin untuk menyertai jihad. Pada tahun 1826, beliau telah bertolak dari Ray Bereli bersama 750 pejuang dan 10,000 orang murid. Tentera ini mula bergerak melalui laluan bukit Khaibar dan akhirnya sampai di Pashewar untuk serangan yang pertama.

Di situ mereka menjalankan pentadbiran diatas dasar khulafa’ rasyidin dan berazam untuk menegakkan kerajaan Islam dengan harapan Islam dapat ditegakkan dikeseluruhan benua kecil India.

Pada 1 haribulan Mei 1831, mereka sampai di pergunungan Balakot dan bermalam disitu. Seorang kampung telah mengkhianati mereka, lalu tentera Raja Ranjit Singh berjaya melancarkan serangan hendap pada waktu malam daripada belakang bukit. Pada 5 haribulan Mei, Sayyid Ahmad telah terbunuh ketika bersolat tahajjud.

Pada hari yang sama, Shah Ismail (cucu Shah Waliyullah) mengambil alih kepimpinan perang dan terus berjuang selama empat hari sehingga akhirnya beliau juga gugur syahid bersama lebih kurang 450 orang para pejuang.[72]

 

 

36.  Sheikh Nur Muhammad al Jhinjhaanawi rah.a

( ... – 1259 hijrah)

Didalam Nuzhatul Khawatir ditulis “Ash sheikh al ‘arif al kabir, Nur Muhammad al Cishti al Jhinjhaanwi, salah seorang sheikh yang masyhur. Beliau berketurunan Sheikh Abdul Razzaq, wali yang masyhur. Beliau mempelajari tarikat Cishtiyyah daripada Sheikh Abdul Rahim al Afghani ash Shahid. Beliau menyembunyikan keadaannya dengan mengajar kanak-kanak di sebuah kampung bernama Lohari dan tidak pernah ketinggalan takbiratul ihram (bersama imam) selama tiga puluh tahun. Beliau menyertai gurunya, Abdul Rahim, ke tempat-tempat perperangan. Beliau juga telah belajar daripada Sayyidina al Imam Ahmad bin Irfan ash Shahid al Berelwi dan berbai’ah kepadanya dan kemudian kembali ke India atas arahannya. Shaikhuna al Kabir ash Sheikh Imdadullah at Thanwi dan ramai lagi telah belajar daripada beliau.”[73]

Beliau dilahirkan di Jhinjhaana, sebuah pekan lebih kurang 100 km utara dari Delhi. Beliau telah meneguk minuman kerohanian daripada dua telaga ternama dizamannya; Sayyid Ahmad Shahid Bereilwi dari silsilah Naqshbandi dan Shah Abdul Rahim Wilayati dari silsilah Cishti. Silsilah Naqshbandi dikenali dengan pendekatan yang sedar dan amat senyap bermuraqabah manakala silsilah Cishti pula lebih dikenali dengan keadaan yang sentiasa dipengaruhi perasaan mabuk cinta. Daripada gabungan dua silsilah yang agak bertentangan ini, beliau telah berkata “Aku telah sediakan hidangan yang tidak pernah disediakan sejak seratus tahun yang lalu dan tidak dapat disediakan sehingga seratus tahun lagi.”[74]  

 

Pendekatan tarikat Shah Waliullah

Guru Sayyid Abdur Rahim Wilaayati as Saharanpuri, iaitu Sayyid Ahmad ash Shahid al Berelwi, telah mewarisi tarikat Naqshbandi dan Qadiri daripada Abdul Aziz Dehlawi, manakala Abdul Aziz pula telah mempelajari ilmu shariah dan tasawwuf daripada bapanya, Shah Waliyullah ad Dehlawi. Kecenderungan Shah Waliyullah terhadap hadith telah banyak mempengaruhi silsilah Cishtiyyah yang sampai kepada ulamak Deoband hari ini. Silsilah Cishtiyyah aliran Deoband boleh dikatakan bermula daripada titik pertemuan dengan sheikh silsilah Naqshbandiah ini.

Oleh kerana penekanan yang tinggi terhadap pengajian hadith, ulamak Deoband secara umumnya memberi perhatian yang khusus kepada pengamalan sunnah dan amat berhati-hati didalam perkara bid’ah yang boleh memesongkan perhatian pengamal tasawwuf daripada matlamat tasawwuf itu sendiri. Dalam masa yang sama mereka bergerak rapat dengan mazhab yang empat. Apa-apa amalan tarikat yang bercanggah dengan akidah ahlus sunnah wal jamaah dan tidak selari dengan mana-mana mazhab yang empat ditolak sekeras-kerasnya.

Syariat tidak akan dikompromi didalam pengamalan tarikat. Tarikat dianggap sebagai satu pendekatan untuk membantu dan memartabatkan hukum-hukum Allah ta’ala, bukannya menghakis dan meremeh-remehkannya. Pengamal-pengamal tarikat Cishtiyyah di benua India yang tidak terkena renjisan ad Dehlawi ini mempunyai pendekatan tasawwuf yang agak jauh berbeza daripada yang diamalkan oleh alim ulamak Deoband.

 

 

 

        Silsilah Qadiri dan Naqshbandi melalui Waliullah

 

8.      Junaid Baghdadi

9.      Abu Bakr Shibli

 

10.   Abdul Wahid Tamimi

10.   Abul Qasim Nasr Abadi

11.   Abul Farh Tartusi

11.   Abu Ali Hasan ad Daqqaq

12.   Abul Hasan Ali Ankari

12.   Abul Qasim al Qushairi

13.   Abu Sa’id Makhzumi

13.   Abu Ali Faarmadi

14.   Sayyid Abdul Qadir Jailani

14.   Yusuf Hamdani

15.   Sayyid Abdul Razzaq

15.   Abdul Khaliq Gujdawaani

16.   Sayyid Zainuddin

16.   Muhammed Aarif Riogri

17.   Sayyid Yahya Zahid

17.   Mahmud Anjiir Faghnawi

18.   Sayyid Abdul Wahhab

18.   Aziizaan Ali Raamiitani

19.   Sayyid Abdul Qadir

19.   Muhammad Baba Sammaasi

20.   Sayyid Ahmad Qudsi

20.   Sayyid Amir Kulaal Bukhari

21.   Sayyid Muhammad Maghribi

21.   Bahauddin Naqshabandi

22.   Sayyid Abdul Haq

22.   ‘Alauddin Attar

23.   Sayyid Ilyas Maghribi

23.   Sayyid Sharif Ali Jurjani

24.   Sayyid Qamisul A’zam

24.   Ya’qub Charkhi

25.   Sayyid Muhammad Shah

25.   Khwajah Ubaidullah Ahraar

26.   Sayyid Abu Muhammad

26.   Muhammad Zahid Wakhshi

27.   Sayyid Muhammad Ghauth

27.   Durwesh Muhammad

28.   Sayyid M. Abdul Hayy

28.   Khwaja Muhammad Amkanagi

29.   Sheikh Ahmad Sarhindi

29.   Muhammad Baqi billah

30.   Sayyid Adam Binuri

30.   Sheikh Ahmad Sarhindi

31.   Sayyid Abdullah AkbarAbadi

31.   Sayyid Adam Binuri

32.   Shah Abdul Rahim Dehlawi

32.   Sayyid Abdullah AkbarAbadi

33.   Shah Waliyullah ad Dehlawi

33.   Shah Abdul Rahim Dehlawi

 

34.   Shah Waliyullah ad Dehlawi

 

37.  Haji Imdaadullah Muhaajir Makki rah.a

( …... - 12 Jumadal Ukhra 1327 hijrah /18 Oktober 1899)

Seperti gurunya, Haji Imdadullah juga mendapat tarbiah silsilah Cishti dan Naqshbandi. Ketika berumur 18 tahun, beliau telah berbai’ah dengan Maulana Nasiruddin dan dilantik menjadi khalifah tarikat Naqshbadi.  Setelah beberapa lama, beliau bermimpi bertemu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Didalam mimpi, Baginda memegang tangan beliau dan meletakkannya ditangan Mianje Sayyid Muhammad Nur Jhinjhaanawi. Selepas beberapa tahun, beliau telah pergi menemui Sayyid Jhinjhaanawi dan berbaiah kepada beliau. Tidak lama kemudian beliau dilantik menjadi khalifah Cishti. Sayyid Jhinjhanawi telah menguji beliau “Kau inginkan kimia atau taskhir?” iaitu keramat menukarkan batu menjadi emas atau keramat menundukkan orang. Beliau terus menangis dan berkata “Aku hanya inginkan Kekasih yang haqiqi.”[75]

Pada bulan Mei 1857, bersama dengan dua murid beliau yang setia, Maulana Qasim Nanotwi dan Maulana Rashid Ahmad Gangohi, beliau telah mengetuai tentera Islam menentang penjajah British di Shamli. Namun kekuatan tentara British tidak dapat ditumbangkan. Maka orang Islam yang giat didalam jihad tersebut telah mula diburu oleh pihak British. Oleh itu, beliau berhijrah ke Mekah lalu menetap disana sehingga ke akhir hayat. Selain daripada Maulana Qasim Nanotwi dan Maulana Rashid Ahmad Gangohi, beliau juga telah meninggalkan seorang lagi khalifah tasawwuf yang masyhur di India, Maulana Ashraf Ali Thanwi rahmatullah ‘alaih.

 

Darul Ulum Deoband[76]

Syarikat Hindia Timur (East India Company) telah berlabuh di India pada tahun 1601 masihi untuk berdagang. Syarikat ini mendapat perlindungan daripada kerajaan Inggeris dan Moghul. Seratus tahun kemudian, daripada tahun 1700, syarikat ini mula berkuasa di India dengan tentera upahan mereka.

Shah Waliyyullah rahmatullah ‘alaih lahir pada tahun 1703. Beliau yang sedar akan perkembangan ini mula berusaha bersama anak-anaknya memperkasa umat Islam dengan menanamkan ilmu, iman dan semangat perjuangan melalui penterjemahan Al Quran kepada Bahasa Farsi dan menghidupkan pengajian Hadith di serata India.

Selepas kewafatan Shah Waliullah, Shah Abdul Aziz menyambung misi ayahnya dengan menterjemahkan Al Quran kepada Bahasa Urdu apabila Bahasa Farsi mula hilang kepentingannya. Beliau tanpa jemu berjuang mempromosikan ilmu hadith sehingga beliau wafat pada tahun 1824.

Pada tahun 1857, berlaku pemberontakan besar-besaran di India yang menggugat kuasa syarikat Inggeris ini. Ramai para ulamak yang giat didalam pemberontakan ini. Diantaranya Maulana Jaʿfar Thaneseri, Haji Imdaadullah, Moulana Qasim Nanotwi, Moulana Rasheed dan Ahmad Gangohi. Walaubagaimanapun, hanya Allah ta’ala yang mengetahui mengapakah pihak Inggeris masih belum dapat diusir.

Pada tahun berikutnya, syarikat ini dibubarkan dan segala eset dan tenteranya diambil alih oleh kerajaan Inggeris yang mula mentadbir kerajaan India secara langsung.

Pada tahun 1861, kerajaan melancarkan kempen pembakaran Al Quran. Kemudian mereka mula berusaha menghapuskan golongan ulamak sehingga dikatakan 14,000 para ulamak terbunuh didalam operasi itu.

Ketika Inggeris tiba di India pada tahun 1601, terdapat kira-kira seribu institusi pengajian Islam di Delhi sahaja. Selepas sahaja operasi ini, tiada satu pun lagi tinggal. Oleh itu pada 15 Muharram 1283 hijrah (30 Mei 1866) Maulana Qasim Nanotwi mengasaskan sebuah madrasah dibawah pohon delima di halaman Chattah Masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Darul Ulum Deoband.

Guru pertama yang dilantik ialah Mullah Mahmud manakala pelajar pertamanya juga bernama Mahmudul Hasan yang kemudiannya digelar Shaikhul Hind atas pengorbanan dan khidmatnya yang tak terhingga kepada Islam. Usaha beliau dan muridnya, Maulana Husain Ahmad Madani, telah menyumbang kepada kemerdekaan India.

Darul Ulum Deoband yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Qasim Nanotwi telah membawa satu perubahan sosial, keagamaan, pendidikan dan politik kepada jutaan penduduk Islam di benua kecil India. Satu perubahan yang menghidupkan semula jati diri umat Islam dan meneguhkan pendirian mereka didalam pengamalan agama.

 

38.  Maulana Ashraf Ali Thanwi rah.a

 ( … - 1362 hijrah)

Amat jelas kesan tajdid yang dibawa oleh Shah Waliullah ad-Dehlawi rah.a didalam pendekatan Maulana Ashraf Ali Thanwi rah.a. Amalan-amalan tasawwuf disusun rapi agar tidak lari dari landasan fekah dan hadith. Upacara-upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariah ditapis habis daripada tasawwuf. Kecenderungan tajdid ad-Dehlawi ini diwarisi daripada guru beliau Maulana Rashid Ahmad Gangohi rah.a yang merupakan seorang pakar didalam bidang hadith.

Ketika dialam persekolahan lagi, Maulana Ashraf Ali Thanwi rah.a sangat mementingkan keperluan rohani. Beliau hendak berbai’ah kepada gurunya Maulana Rashid Gangohi rah.a untuk tujuan ini. Namun gurunya menasihati agar dihabiskan dahulu pelajaran di madrasah. Oleh kerana resah dengan perkara ini, beliau telah menulis surat kepada Haji Imdadullah rah.a, iaitu guru Maulana Rashid Gangohi rah.a, supaya mengesyorkannya untuk menerima bai’ah beliau. Surat itu diutuskan melalui Maulana Rashid sendiri ketika berangkat untuk menunaikan haji. Haji Imdadullah membalas surat beliau dengan berkata “Jangan risau! Saya sendiri yang akan membimbing kamu.” Maulana Thanwi sangat gembira apabila menerima berita ini dan kata Maulana Gangohi kepada Maulana Thanwi “Saudara, kamu menikmati buah-buahan Haji Imdadullah apabila telah ranum sedangkan kami dahulu makan ketika ia masih muda.” Maulana telah meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rajab 1362 hijrah bersamaan 4 Julai 1943 masihi.

 

39.  Maulana Abrarul Haqq rah.a

 ( ... – 1426 hijrah)

Maulana Abrar-ul-Haq Sahib berasal dari Hardoi, U.P. India. Bapa beliau, Maulana Mahmud-ul-Haq Haqqi Sahib adalah khalifah Maulana Thanwi. Pendidikan asas beliau didalam pengajian Bahasa Arab, Farsi dan Urdu bermula di rumah lagi. Setelah itu beliau telah melanjutkan pelajarandi Mazahir-ul-Ulum, Saharanpur sehingga tamat kursus Alim. Sepanjang pengajian beliau disitu, kesalihannya telah memberi kesan kepada rakan-rakan dan menarik perhatian para guru. Beliau telah diberi kebenaran setiap minggu untuk pergi ke Thana Bawan dari Saharanpur. Setiap cuti penggal, beliau akan meluangkan masa untuk berkhidmat kepada mursyidnya, Maulana Thanwi. Beliau mendapat perhatian dan tarbiah yang khusus dari Maulana Thanwi dan dilantik menjadi khalifah sejak umur yang muda lagi. Atas arahan mursyidnya, beliau telah menyalakan pelita ilmu agama di Hardoi yang masih lagi dimanfaatkan oleh ribuan masyarakat Islam. Madrasah beliau, Ashraful Madaris, dikunjungi pelajar dari Mumbai, Gujarat, Hyderabad dan lain-lain tempat. [77]

Beliau sangat menekankan pembacaan Al-Quran bertajwid dan adab-adab berkaitan Al-Quran. Bagi beliau, rehal adalah meja yang khusus untuk mushaf dan tidak boleh digunakan untuk kitab-kitab yang lain.  Mushaf perlu disimpan didalam sarung kain yang khusus sebagai penghormatan kepada Quran. Maulana Abrar-ul-Haq Sahib adalah khalifah Maulana Ashraf Ali Thanwi yang terakhir meninggal dunia. Beliau kembali ke rahmatullah pada tanggal 9 Rabiul Akhir 1426 bersamaan 17 Mei 2005.

 

Bai’ah (Janji taat setia)

Bai’ah, ataupun janji taat setia, adalah satu sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum juga berbai’ah kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Antara bai’ah yang masyhur ialah Bai’atul ‘Aqabah dimana orang-orang Ansar berjanji untuk membantu Baginda didalam urusan agama.

Bai’ah diguna pakai oleh ulamak Cishti untuk tujuan tarbiah. Para murid sentiasa diingatkan bahawa bai’ah untuk tujuan ini adalah sunnat dan bukanlah wajib, bahkan yang wajib adalah islah; iaitu memperbaiki diri. Bai’ah hanyalah pendekatan yang memudahkan guru mursyid menjalankan usaha tarbiah keatas muridnya setelah menyedari kesediaannya untuk ditarbiah. Prosuder bai’ah dimulakan dengan si guru berjabat tangan dengan si murid. Setelah memuji Allah ta’ala, berselawat dan membaca ayat-ayat dan hadith-hadith yang bekenaan, si murid akan menzahirkan taubat dan keazaman untuk setia mentaati perintah Allah taala. Kemudian si murid menzahirkan kesediaannya untuk mengikuti pendekatan para ulamak tasawwuf sepertimana yang diijazahkan kepada gurunya. Bai’ah ini diakhiri dengan doa.

Para ulamak tasawwuf Deoband secara umumnya dikenali dengan pembawaan tarikat Cishtiyyah kerana itulah yang masyhur di India. Walaupun bagaimanapun mereka juga diijazahkan dengan tiga silsilah lain yang biasanya diamalkan juga di negara-negara lain seperti Qadiriyyah, Suhrawardiyyah dan Naqshbandiyyah. Silsilah-silsilah ini telah diterima melalui Sheikh Abdul Quddus Gangohi, Shah Waliyullah dan Sheikh Ahmad Sirhindi rahmatullah ‘alaihim.

 

40.  Maulana Hakim Muhammed Akhtar rah.a

 ( ... - 1434 hijrah)

Maulana Hakeem Muhammad Akhtar rah.a ialah antara ulamak yang sangat masyhur di kalangan ulamak Deoband. Selama berbelas tahun beliau telah berkhidmat kepada guru mursyidnya Maulana Abdul Ghani Phulpuri yang merupakan salah seorang murid kesayangan Maulana Ashraf Ali Thanwi. Selepas pembentukan Pakistan beliau telah berpindah ke Karachi bersama gurunya pada tahun 1960. Selepas kewafatan Maulana Abdul Ghani, beliau berbai’at pula kepada khalifah Maulana Thanwi yang terakhir iaitu Maulana Abrarul Haq di Hardoi, India. Maulana Abrarul Haq sangat gembira dengan pencapaian beliau dan telah memberinya gelaran ‘Arif billah. Atas arahan gurunya beliau telah menubuhkan Khanqah Imdadiah Ashrafiah di Gulshan-e-Iqbal di Karachi.

Beliau selalu menerangkan bahaya dosa kepada masyarakat umum; terutamanya dosa-dosa berkaitan mata. Bersama amaran tentang bahaya dosa, beliau juga amat menekankan amalan-amalan yang mengundang cinta Allah. Dengan perantaraan cinta Allah ta’ala, meninggalkan dosa akan menjadi mudah. Syair-syair Urdu karangan beliau dibukukan dengan tajuk Faizan-e-Mahabbat, (Limpahan Cinta) dan Aayina-e-Mahabbat (Cermin Cinta). Begitulah pendekatan beliau didalam berdakwah.  Selepas berbai’ah, zikir yang biasanya diijazahkan ialah bacaan satu juzu’ Al-Quran dan “laa ilaha illallah”, “Allah”, selawat dan istighfar seratus kali setiap satu. Beliau amat menekankan pengamalan sunnah seperti menyimpan janggut dan menyentengkan kain dan seluar. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 23 Rejab 1434 bersamaan dengan 2 Jun 2013.

 

Sama’ (mendengar syair-syair)

Oleh kerana syair ataupun puisi yang dibacakan dengan suara yang merdu dapat menarik perhatian pendengarnya, ia telah digunakan oleh ulamak tasawwuf sebagai satu pendekatan untuk membentuk pemikiran para murid. Walaubagaimanapun, pendekatan ini juga mempunya risiko yang amat besar sehingga ia digelar “batu licin” kerana mudahnya seseorang itu tergelincir daripada matlamatnya yang sebenar. Tanpa bimbingan guru mursyid, seseorang itu boleh terlupa lantas menjadikan nyanyian ini seolah-olah matlamat tasawwuf; bukan lagi sekadar pendekatan. Imam al Ghazali telah menyenaraikan syarat-syarat alunan syair ataupun nasyid dengan panjang lebar didalam kitabnya, Ihya’ bagi mengatasi bahaya ini. Antara syarat-syarat itu ialah mengambil kira zamaan, makaan dan ikhwaan (masa, tempat dan peserta).

Kata Maulana Zakariyya “Sekarang lihatlah adakah syarat ini dipatuhi dewasa ini. Biasanya sama’ dilangsungkan pada waktu solat sehingga terabai. Meninggalkan solat berjemaah dan luputnya waktu solat dirasakan tidak mengapa. Kemudian tidak rasa bersalah apabila solat berjemaah tertinggal semata-mata kerana sama’.”

Mereka tidak memberi kepentingan kepada perkara sunnat dan fardu sepertimana mereka berikan kepada sama’. Bahkan, ada yang mengatakan bahawa sama’ itulah ibadat yang sebenarnya dan lebih tinggi daripada solah, semoga Allah melindungi kita. Umumnya, sama’ berlangsung ditempat yang dihadiri oleh semua orang. Sehinggakan orang yang tak berakhlak pun turut menyaksikan persembahan.”[78]

 

41.  Maulana Abdul Hamid Ishaq - hafizahullah

 (24 Shawwal 1364 /20 September 1946 – ……………………… )

Maulana Abdul Hamid Ishaq ialah antara permata Afrika Selatan yang berkilauan. Madrasah beliau di Azaadville, Johannesburg, telah melahirkan ratusan ulama’ yang giat berkhidmat dalam pelbagai bidang dakwah dan tarbiah di serata dunia.[79] Atas misi mempromosikan bidang tasawwuf, sehingga kini beliau sendiri telah menjejakkan kakinya ke bumi Malaysia sebanyak tiga kali; iaitu pada tahun 2008, 2010 dan 2012.

Daripada perbualan mereka, dapat dirasai bahawa cinta beliau terhadap sheikhnya Maulana Hakim Muhammad Akhtar rah.a adalah sangat mendalam.  Majlis-majlis beliau biasanya dihiasi dengan bacaan syair-syair Urdu karangan syeikhnya. Syair-syair ini dinyanyikan oleh murid-murid beliau yang berumur dengan suara yang merdu tanpa diiringi peralatan muzik. Kemudiannya beliau akan menterjemahkan kata-kata syeikh beliau itu kedalam Bahasa Inggeris dan dihuraikan makna-makna cinta hakiki yang tersirat.

Program-program Khanqah Akhtari di Azaadville amat menitik beratkan amalan sunnah dan kelima-lima cabang syariah; akidah, ibadat, mu’amalat, mu’asahrat dan akhlak. Halaqah-halaqah didalam khanqah dikendalikan oleh para ulamak yang soleh. Pada bulan Ramadhan, ketiga-tiga tingkat masjid madrasah akan dipenuhi oleh para murid yang datang mengunjung untuk tujuan suluk. Program yang meriah dengan amalan ini bermula dari sepuluh hari sebelum bulan Ramadan sehinggalah genap satu “chillah” iaitu tempoh suluk empat puluh hari yang menjadi kebiasaan pengamal tarikat Cishtiyyah.

 

Islahi Majlis dan wirid-wirid tertentu

Murid-murid tarikat biasanya akan dinasihatkan supaya menhadiri Majlis Islah dan mengamalkan wirid. Majlis Islah merujuk kepada majlis menyebut tentang kebesaran Allah ta’ala dan sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Tajuk-tajuk perbincangan juga selalunya berkisar disekeliling adab-adab dan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, syukur, sabar, cinta Allah, cinta Rasul dan sifat-sifat tercela seperti sombong, dengki, cinta dunia, cinta nama dan sebagainya. Biasanya buku rujukan yang diguna pakai adalah petikan nasihat-nasihat guru tasawwuf yang dibaca dan dihuraikan. Di akhir majlis, peserta majlis akan berzikir secara berjemaah tanpa menggunakan kompang dan tarian. Nada suaranya pula tidak terlampau kuat dan tidak terlalu perlahan; hanya tinggi sedikit daripada bisikan.

Para murid juga dinasihatkan supaya mengamalkan wirid-wirid harian. Maulana Abdul Hamid Ishaq biasanya memulakan program murid-muridnya dengan sukatan “la ilaha illallah”, “Allah”, istighfar dan selawat 100 kali setiap satu. Apabila telah biasa dengan wirid ini beliau biasanya akan menambahkan kadar selawat sebanyak yang mungkin. Bersama wirid ini juga para murid dinasihatkan supaya menyempurnakan bacaan satu juzuk Al Quran setiap hari.

Para murid juga disaran supaya duduk bermuraqabah dan berfikir mengenai kehidupan selepas mati supaya bersedia dan membuat persiapan yang secukupnya. Antara yang difikirkan juga ialah hakikat kedudukan kita sebagai hamba yang sangat lemah. Ini amat berkesan untuk menghilangkan sifat bongkak dan sombong.

 

Walhamdulillahi bi ni’matihi tatimmus solihat

Wa sallallahu ‘ala habibihi wa alihi wa sahbihi ajma’in.

 

 

 

Rujukan

Ad-Dimasyqi, Imam Ibnu Asakir Ali Bin Abi Muhammad. Tarikh Madinatu Dimasyq. Dar El-Fikr, 2000.

A-Isbahani, Imam Abi Nu'aim. Hilyatul Auliya'. Dar El-Hadith , 2009.

Al-Lucknowy, Abdul Hayy Bin Fakhruddin Al-Hasani ...-1341 hijri. Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir. Dar Ibnu Hazm, 1st Edition 1420 Hijri _ 1999.

As-Sya'rani, Imam Abdul Wahhab. AT-Tabaqatul Kubra. Maktab As-Saqafah Ad-Diniyyah, 2005.

Az-Zahabi, Imam Hafiz Muhammad Bin Ahmad. Tareekhul Islam. Dar Al-Kutoob Al-Ilmiyyah, 2005.

Haitami, Ibn Hajar al. Thabat al Imam Shaikh al Islam Ibn Hajar al Haitami. Jordan: Darul Fath, 1435 h. /2014 m.

Jauzi, Imam Jamaluddin Ibnu. Sifatus Safwah. Dar Al-Kitab Al-Arabi, 2012.

Kajee, Musa and Imraan. Ulama of Deoband. Azaadville, Johannesburg, 2016.

Khan, Nabil. An Noor - website. 2007. https://annoor.wordpress.com/biography-of-hazrat-maulana-shah-abrar-ul-haq-sahib-ra/ (accessed October 12, 2017).

Khanqah Akhtari - website. 2017. http://www.ka.org.za/content/about-hazrat-maulana-shah-abdul-hamid-ishaq-sahib-daamat-barakaatuhum (accessed October 2017).

Rizvi, Sayyid Mahboob. History of the Dar al Ulum Deoband. Idara e Ihtimam, Darul Ulum, Doband, 1980.

Sheikhul Hadith, Maulana Muhammd Zakaria Al Kandhlawi. The Mashaikh of Chisht. Translated by Majlisul Ulama of South Africa, 1315-1402 hijrah.

 

 

 

Bab 1: Sebelum sampai ke Cisht (9 tokoh)

[1] (Tareekhul Islam, 3/247 & 254)

[2] (Tareekhul Islam, 4/240)

[3] (The Mashaikh of Chisht, 100-101)

[4] (Tareekhul Islam, 4/242)

[5] (Tarikh Madinatu Dimasyq, 48/383)

[6] (Tarikh Madinatu Dimasyq, 48/391)

[7] (Tareekhul Islam, 4/338)

[8] (The Mashaikh of Chisht, 109)

[9] (Hilyatul Auliya', 7/6-7)

[10] (At-Tabaqatul Kubra, 1/114)

[11] (The Mashaikh of Chisht, 118)

[12] Pertemuaan Ma’ruf al Karkhi dan Daud at To’i tidak dapat disabitkan mengikut piawaian ulama’ hadith. Hal ini telah dibahaskan oleh Imam adz Zahabi ketika membincangkan al Karkhi dan juga Ibnu Hajar Haitami didalam Fatawa Fiqhiyyah Kubra (1/267). Lihat nota kaki Dr. Amjad Rashid kepada (Thabat al Imam Shaikh al Islam Ibn Hajar al Haitami, 117). Beliau juga mengulas mengenai kesinambungan sanad antara Daud dan Al ‘Ajami kerana terdapat percanggahan didalam dua karangan Zahabi; Siyar (7/425), (6/144) dan Tarikhul Islam (4/362), (3/627).

[13] (Thabat al Imam Shaikh al Islam Ibn Hajar al Haitami, 116)

[14] (Tareekhul Islam, 7/518)

[15] (The Mashaikh of Chisht, 121)

[16] (Sifatus Safwah, 737)

[17] (At-Tabaqatul Kubra, 1/185)

 

 

Bab 2: Silsilah Cishtiyyah di Cisht (7 tokoh)

[18] (The Mashaikh of Chisht, 122)

[19] (Haqiqat al-Tariqah min as-Sunna al-Aniqa, 112)

[20] (The Mashaikh of Chisht, 122)

[21] (The Mashaikh of Chisht, 124)

[22] (Haqiqat al-Tariqah min as-Sunna al-Aniqa, 113)

[23] (The Mashaikh of Chisht, 124)

[24] (The Mashaikh of Chisht, 126-127)

[25] (Haqiqat al-Tariqah min as-Sunna al-Aniqa, 280)

[26] (The Mashaikh of Chisht, 126-127)

[27] (The Mashaikh of Chisht, 128-129)

[28] (The Mashaikh of Chisht, 130-131)

[29] (The Mashaikh of Chisht, 132-133)

[30] (Haqiqat al-Tariqah min as-Sunna al-Aniqa, 273)

[31] (The Mashaikh of Chisht, 132-133)

[32] (The Mashaikh of Chisht, 134-135)

 

 

Bab 3: Permulaan Cishtiyyah di India (9 tokoh)

[33] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 1/91)

[34] (The Mashaikh of Chisht, 138) 

[35] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 1/114)

[36] (The Mashaikh of Chisht, 142-143)

[37] (The Mashaikh of Chisht, 146)

[38] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 1/127)

[39] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 1/108)

[40] (The Mashaikh of Chisht, 148)

[41] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 2/163)

[42] (The Mashaikh of Chisht, 150)

[43] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 2/202)

[44] (The Mashaikh of Chisht, 152)

[45] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 3/229)

[46] (The Mashaikh of Chisht, 154)

[47] (The Mashaikh of Chisht, 157)        

[48] (The Mashaikh of Chisht, 158-159)

 

 

Bab 4: Bertemu Silsilah Suhrawardiyyah (9 orang tokoh)

[49] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 4/371-372)

[50] Muhammad bin Qasim Uudhi juga telah mendapatkan faedah rohani daripada kedua-dua silsilah Cishti dan Suhrawardi. (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 275)

[51] (The Mashaikh of Chisht, 160)

[52] (The Mashaikh of Chisht, 168)

[53] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 4/324)

[54] (The Mashaikh of Chisht, 172)

[55] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 4/324)

[56] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 5/655-656)  

[57] (The Mashaikh of Chisht, 176)        

[58] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 5/469)      

[59] (The Mashaikh of Chisht, 178)

[60] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 5/609)

[61] (The Mashaikh of Chisht, 182)        

[62] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 5/611)

[63] (The Mashaikh of Chisht, 184) (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 799-800)

[64] (The Mashaikh of Chisht, 186)

[65] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 6/797)

[66] (The Mashaikh of Chisht, 188)        

[67] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 6/760)

[68] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 7/998)

[69] (The Mashaikh of Chisht, 192)

 

 

Bab 5: Bertapak di Deoband (7 orang tokoh)

[70] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 7/1010)

[71] (The Mashaikh of Chisht, 193)

[72] (Ulama of Deoband, 11)

[73] (Nuzhatul Khawatir wa Bahjatul Masami' wan Nawathir, 7/1131)

[74] (History of the Dar al Ulum Deoband, 1/20)

[75] (The Mashaikh of Chisht, 216)

[76] (Ulama of Deoband, 9-18)

[77] (An Noor - website)

[78] (The Mashaikh of Chisht, 161)

[79] (Khanqah Akhtari - website)

 

 

Read 41 times